Qhaliff Iman , wakil sekolah untuk badminton buat pertama kali.

by - Ahad, Julai 16, 2023

Aku tak harapkan apa apa pada anak anak aku. Cuma nak mereka menjadi insan berguna pada keluarga, masyarakat , negara , bangsa dan paling penting , agamanya ! Aku besarkan mereka seperti mana insan insan lain membesarkan anak. Berikan yang terbaik semampu aku. 

Aku tak nak diorang jadi macam aku. Aku nak diorang jadi lebih baik dari ibu mereka. Dari sudut kejayaan, mak mereka jauh cemerlang dari aku yang takda apa apa ni. Maka perancangandibuat demi masa depan anak anak .. Tak nak mereka tertekan dengan kehidupan di dalam sistem yang sedia ada.. Inshaallah... 

Aku masukkan Qhaliff kelas latihan badminton untuk bantu dia belajar fokus dan bermain bersama sama rakan sebaya. Tak mengharapkan apa apa pulangan pun. Asalkan dia gembira. Alhamdulillah, dia tunjukkan semangat dan minat yang tinggi. Bersungguh ketika latihan. 






Alhamdulillah... di Tahun 5 persekolahan buat pertama kalinya , dia terpilih mewakili sekolahnya untuk acara bergu. Walaupun bagi aku , dia belum bersedia sama sekali tapi biarlah dia masuk untuk dapatkan pengalaman hidup. Nanti dah besar , dia boleh bercerita pada anak anak dia yang dia mewakili sekolah juga dalam sukan. Ok la kan ? Bukan senang nak gebang anak anak. Kena ada bukti. Hahaha.. 

Walaupun tewas ,  aku  tetap berbangga dengan dia. Aku tak sangka sama sekali pun dia dapat bermain untuk sekolah. Mungkin ini langkah pertamanya. Sapa tahu kan ? Pasni Aariz pulak nak ikut jejak dia. Cuma kena sediakan kos je la. Huhu.. 

Oh ya.. Mencari kelas tambahan online untuk anak anda ? Dari Tahun 3 hingga SPM... Terbaik dengan guru guru berpengalaman luas dan berkualiti tinggi ! 
 



You May Also Like

0 comments