Minyak Zaitun Premium Organic Al Ard dalam bentuk Tin Aluminium !

by - Isnin, Julai 24, 2023


Alhamdulillah , aku sekeluarga sekarang amalkan minyak zaitun Al Ard minyak zaitun Al Ard ni. Dulu cukup risau nak guna minyak zaitun samada untuk amalan harian mahupun untuk memasak. Walaupun ada orang kata boleh ke minyak zaitun guna untuk masak , jawapannya boleh ! Nanti aku cerita pasal tu eh. Sekarang ni aku nak cerita pasal Minyak Zaitun Premium Organic dalam bentuk tin aluminium ni. 

Haaa ??? Kenapa pulak dalam bentuk tin ni. ? Kenapa tak dalam bentuk botol hitam seperti biasa tu ? Pastinya dalam bentuk tin ni lebih ringan dari botol biasa tu. Kemudian tin ni tak mudah pecah dan paling penting , selamat dari sinaran UV yang mana mampu merosakkan kualiti kandungan minyak zaitun tu. 

Bagi korang yang mementingkan kualiti sesuatu bahan atau produk. Minyak Zaitun Premium Organic Al Ard ada kelebihan berbanding yang Extra Virgin Olive Oil. Mengikut pemahaman aku , perbezaan dari segi masa bila ianya dituai atau Harvest. Lagi cepat dibotolkan atau ditinkan selepas dituai, kualitinya lebih tinggi ! Haaa.. cenggitulah. 



Dua saiz Premium dalam bentuk tin aluminium.

Bila nak beli minyak zaitun , pastikan ada tarikh tarikh penting ni dan hanya yang Premium saja ada tarikh Harvest.

 

Oh ya... minyak zaitun ni bukan macam cuka ya ! Dia ada tarikh luput yang mana bila dah expired ,minyak zaitun tu dah tiada lagi khasiat !  Jika korang beli yang botol punya , selepas penutupnya ..korang ada tempoh maksima 3 bulan untuk habiskan kerana minyak zaitun tu dah terdedah pada oksigen dan udara. Untuk pengetahuan korang , minyak tahun paling lama selepas dibotolkan boleh tahan sehingga 2 tahun. Itu pun perlu diinjek dengan gas nitrogen atau Nitrogen Injection Bottoling. 

Alhamdulillah, aku bagi mak aku sebotol memandangkan dia ada penyakit darah tinggi dan juga kencing manis. Amalkan jer hari hari. Selain dua penyakit tu, jika kita amalkan minyak zaitun ni setiap hari ( pastikan ketulenan minyak zaitun tu ya , bahaya jika tidak ) , inshaallah dapat menurunkan berat badan , mencegah kanser , menyihatkan rambut dan kulit , menguatkan otot , menurunkan kolestrol , melawan keradangan dan meningkatkan kecergasan ! 

Untuk pengetahuan korang , aku suka sapu anggota badan aku dengan minyak zaitun selepas mandi. Terasa kulit lebih lembut. Malah aku sapu  sedikit juga kat ketiak ! Ganti sebagai deodrant. Tak berbau ok ! Cubalah kalau tak percaya. Heeee....

You May Also Like

1 comments