Bagaimana nak kurus dan berotot tanpa bayaran sesen pun pada coach kesihatan ?
Seperti biasa... aku tunggu Qhaliff dan Zahra abis sekolah di hentian bas. Tiba tiba aku disapa oleh seseorang yang aku kenali. Bersalaman dan bertanya khabar. Kemudian dia ajukan satu pertanyaan pada aku. Kalau boleh , dia nak minta tunjuk ajar. Aku takda masalah. Jika aku ada ilmu mengenainya, aku kongsikan bersama.
Dia pun bertanya. Aku pendekkan cerita , dia nak turunkan berat badan. Orangnya memang berisilah. Lelaki. Aku rasa kalau dia kurus . mesti lebih punya. Mungkin dia berisi sejak kawin. Anaknya pun ramai.
Aku pun mula memberikan soalan soalan padanya. Dan benarlah.. makanan menjadi punca kepada masalah obesiti ni. Malah ianya ' berjangkit' kepada anak anak yang mana kita selalu akan katakan obesiiti disebabkan keturunan walhal mak ayahlah menjadi punca kepada permasalahan ini. Seperti aku dulu laa...
Bersenam ? Yaa.. bersenam ni membantu untuk membakar lemak dan menguatkan otot. Jika nak kurus , memang digalakkan bersenam. Tapi yang paling utama ialah pemakanan. Jika pemakanan tak dikawal, maka bersenam sehari berjam jam lamanya pun tak membantu.
Aku kasi contoh la.. Ada yang berbrisk walk atau berbasikal berpuluh KM sehari.. tapi bila dah abis aktiviti , singgah kedai makan dan makan bersungguh sungguh. Siap minum air manis lagi ! Dengan berpegang pada prinsip 'makan la apa pun asalkan bersenam ! ' itulah menjadi punca kenapa perut masuk membusung dan pipi masih gebu !
Betul.. makanlah apa pun tapi biarlah makanan yang sebenarnya makanan. Ni gi makan roti canai la.. makan nasi kandar kuah banjir , fast food laa.. atau gi cari kedai makanan viral yang tinggi dengan kalori ! Aduh... tenanglah !
Apa yang kena buat lepas bersenam ialah recovery. Cari makanan yang membantu pemulihan tenaga dan otot. Rehat secukupnya. Part ni sangat penting. Stress pada tubuh badan membuatkan kita akan dapat penyakit lain lak.
Sebenarnya mereka yang nak kurus ni tak susah pun. Tak perlu keluar duit untuk ambil coach. Korang cuma perlukan disiplin, komitmen dan fokus. Cari grup atau kawan kawan yang sama minat. Jangan kawan dengan mereka yang suka perlecehkan niat kita.
Nak kurus ni tak susah tapi nak maintain kurus tu yang mencabar ! Kena tahu apa yang perlu kita makan.. bila nak makan.. kuantiti dan kualiti ! Tak perlu makan banyak pun sebenarnya. Jika cara kita betul , inshaAllah.. akan dapat badan idaman !
Nak berotot ? Angkat beban. Nak kurus , jaga makan. Nak maskulin.. buat dua dua ! Haaaa... Susah ? Perlu kita ingat.. makanan ada dua jenis. Satu makanan yang penuh nutrisi serta berkhasiat dan yang satu lagi , makanan yang nak korang mati cepat ! Sedap , menyelerakan di mata dan lidah tapi menderita di dalam perut ! Korang pilih..
0 comments