Guna steroid baru badan jadi ??

by - Jumaat, November 22, 2024

Dalam kereta, anak aku bercerita. Katanya  kawan kawan dia tak percaya yang ayah dia tak amik steroid. Mana mungkin umur 40an boleh berotot macam ni melainkan cucuk steroid atau ambil supplemen yang mengandungi steroid. 

Aku mampu tersenyum je la. 

Anak aku bercerita pada kawan kawannya yang mana aku bukanlah sehari dua baru masuk gym dan terus berketul ketul ! Dari usia 20an lagi dah masuk hinggalah sekarang , senantiasa bersenam ! Bukan mengejar badan cantik atau nak masuk pertandingan tapi sudah sebati dan dijadikan gaya hidup. Seperti makan laa.. kita wajib makan hari hari dan kena bersenam hari hari sebab perlu mengerakkan otot setiap hari semaksimum yang boleh. 

Bila otot digerakkan , darah dapat mengalir dengan baik. Lemak dapat ditukarkan menjadi tenaga dan digunakan. Kalau tak guna, maka berlemak lemaklah kita. Tu yang ramai obes sekarang ni ! Haaa.. gitulah. 

Kalau aku ambik steroid , pertama sekali size otot aku bukanlah macam ni. Berganda akan naik lagi. Lagi lain maciam weh !  Orang yang keluar masuk gym bertahun , mesti kenal punya. Bentuk badan mereka yang natural dan 'ambil barang' ni berbeza. Tengok kulit muka pun dah leh kenal. 

Kenapa aku tak amik ??? Hurm.. aku bukan nak masuk mana mana pertandingan. Aku jaga badan ni sebenarnya nak fokus pada kesihatan. Badan dapat berotot, itu bonus. Nak kasi berotot , makan kos yang tinggi. Kena rajin makan makanan tinggi protein dan nutrisi setiap hari. Pastu kena buat latihan beban 4-5 kali sehari. Disiplin dan komitmen memang tinggi. Kalau nak jadi bodybuilder. lagi tinggi kos dan disiplin. Dua perbezaan. Aku bukan bodybuilder. Aku sekarang manusia yang nak sihat jer. 

Latar belakang aku... aku seorang yang pernah obes ( lepas abis sekolah ) walaupun tak teruk. Pernah cecah 100kg dek kerana gaya hidup yang salah. Antaranya suka lepak malam hari. Pastu  gemar makan makanan tinggi karbohidrat seperti roti canai, nasi kandar , megi goreng dan sebagainya. Minum minuman manis terutama air tenaga dan susu rendah lemak. 

Ada Hypertension , Gerd dan Anxiety. Dulu ingat semua ni penyakit keturunan tapi rupa rupanya kena kencing jer ! Tapi ada benarnya gak la penyakit keturunan. Bila mak ayah sendiri yang amalkan gaya hidup macam tu , maka anak anak terikutlah. Makan megi bila lapar.. Malam gi keluar makan nasi kandar , nasi lemak atau mencari restoran sedap sedap untuk lepak makan berjemaah. Tengok jam dah atas kul 10 malam yang mana sepatutnya dah berada atas katil pun. 

Maka nak ambil supplmen yang tinggi dengan bahan artificial ni , sememangnya akan memudaratkan lagi. Maka aku fokuslah pada pemakanan sebenar. Berbekakan pengalaman membuat review detox di Phuket , sedikit ilmu digunakan. Tu pun masih tak betul sebab tak cukup ilmu. Aku salah part buat jus dan buang fibernya walhal fiber itulah yang penting. Dok balun 'gula' jer ! Adeh.. 


Hasil 3 tahun potong gula, rendah karbohidrat dan tinggi protein serta fiber. Lebih lean dan bertenaga. Awet muda ? Itu bonus. Yang penting , sihat dan fit untuk melakukan tugas harian. 


Seminggu mesti 4 papan untuk sekeluarga. Bapak paling banyak makan.


Kembung perut vs tak kembung dah ! 

Usia : 28 vs 48 


Pernah dapat tawaran untuk amik supplemen kasi mantap otot tapi aku tolak. Sampai bila nak bergantung pada menda menda gitu ? Kalau nak workout , mesti amik. Kalau tak amik , rasa macam otot tak menjadi.Adeh.. tak nak la. Memadailah aku ambil whey protein jer. Tu pun aku nampak kesannya tak lama. Kena rajin amik setiap hari gak. Kalau tak amik, otot mengecut skit ! 

Teringat zaman aku muda dulu , aku cuma fokus pada telur setiap hari. Satu hari wajib 20 biji telur ! Haaaa.. maka naiklah otot dan juga bersebu sebab aku minum susu low fat gak ! Adeh.. Naik tapi sakit sana sini. Sakit sendi terutamanya dek kerana keradangan !! Yang ni ramai tak amik tahu. Terus sumbat dengan supplement lagi untuk baiki sendi walhal... GULA woi !! Cari makanan yang ada anti inflamation atau anti keradangan. Kat dapur banyak tapi sayangnya.. ramai tak percaya ! 


Dari si sulung hingg ke bongsu, inilah tugas aku. Alhamdulillah , nikmat kesihatan dan kekuatan fizikal aku manfaatkan kepada membesarkan anak anak. Bukan untuk masuk pertandingan membuktikan sapa lebih kuat dan padu. Aku tak kuat.. Hahaha.. 

Dapat bangun awal pagi. Ajak anak anak ke surau masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Hehehee... 


Rezeki. Dulu aku takut tengok. Mesti 180/100 ke atas. Sekarang.. Alhamdulillah. Adalah tugas aku untuk bantu kawan kawan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan menjimatkan. 


Entahlah.. aku cakap lebih lebih.. nanti ada yang kata aku perosak bisnes orang. Tapi diorang tak sedar ke yang diorang sedang merosakkan anak bangsa sendiri ? Peniaga peniaga produk dan makanan tu.. Kena tau.. dan kena prihatin. Dan kena tanya diri sendiri.. apakah rezeki aku ini ada keberkatan ? Semua ni kita kena jawab di hadapan Allah kelak. 

Oh ya.. aku tak amik steroid dan apa apa suplemen yang untuk cantikkan otot sebab otot aku tak cantik pun. Hanya whey sebulan sekali jer. Tu pun yang murah punya..Duit tak banyak. Cukup cukup makan anak bini jer. Heeee.. 

 

You May Also Like

0 comments