Hampir 3 tahun tak makan nasi putih !

by - Khamis, November 07, 2024

Aku rasa aku ulang banyak kali dah cerita ni tapi tak pe la. Mungkin ada penambahan infomasi atau pengalaman aku dalam kehidupan sehari hari. Dalam bab pemakanan ni terutamanya , aku nampak makin ramai orang kita ni tak ambil kisah. Kata mereka , hidup sekali jer. Nikmatilah kehidupan.. dengan cara masing msing ! 

Betul. Aku tak nafikan. Nikmatilah ! 

Cuma... nak kasi tau la.. Berpada padalah. Kita jangan jadi macam lembu. Nak meragut je kerja. Pantang jumpa terus nak makan. Tak leh tengok sedap sikit. Kalau lapar dan memang kebuluran masa tu, makanlah. Tapi kalau tak perlu , tak yah la. Jangan la guna alasan nak support peniaga kita ! Hekler... Agak agak la alasan pun ! Peniaga tu sendiri pun patut tahu apakah makanan yang dijual tu berkhasiat dan memberi manfaat pada si pembeli. Kita kena jawab semua gak di akhirat. Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain seperti menjual makanan pada mereka yang kecanduan gula dan sebagainya. 

Sedih tau.. tengok yang membeli tu saudara sebangsa dan seagama ! Aku bukanlah nak bersikap perkauman ke apa tapi aku tak tau adat dan budaya bangsa lain tapi bangsa aku sendiri.. agama aku sendiri , aku tahu la. Agama Islam sendiri melarang kita makan makanan tidak berkhasiat malah kita diamanahkan untuk menjaga kesihatan. Contohi Rasulullah S.A.W.

Ok... cerita pasal nasi putih ni. Bila aku post di media sosial pasal nasi putih ni , ada la yang membangkang. Aku tau dah alasan alasan yang nak dicampakkan pada aku ni. Paling biasa.. tok nenek kita makan nasi , ok jer ! Takda masalah. Kau tu hidup zaman diorang ke ? Tau ke takda masalah ? Yeke diorang makan nasi hari hari ? Pas makan , diorang layan handphone ? Layan media sosial ? Tengok movie kat tv atau komputer ? Atau.. duduk atas kerusi buat kerja ? Ke mana tuk nenek kita lepas makan? Diorang turun bendang , ladang , kebun... guna 4 kederat buat kerja weh !! Tenaga mau pakai banyak. 

Zaman tak jaga makan

Dan lagi.. tuk nenek kita makan nasi dengan satu dua lauk je. Kita makan ? Siap air manis lagi haaa.. Pastu ada lagi makanan tambahan pastu ! Pergh... Yang masuk , mula mula.. dah gula. Pastu gula, gula dan gula

Sederhana kata mereka ! Betul... memang sederhana ! Persoalannya, kau boleh ? Aku tak boleh ! Sebab tu aku berhenti terus. Aku tahu.. kalau aku makan nasi , aku akan ambil lauk yang sedap sedap. Dan kesudahannya akan bertambah. Aku tak boleh kawal nafsu makan. 

Dan kita kena sedia maklum.. beras sekarang tak sama dah dengan beras tuk nenek kita tu. Banyak beza weh ! Buat kajiam membaca sedikit ya.  Mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti aku. kena rajin rajin la elakkan makanan sebegini. Bukan tak boleh makan.. kena kurangkan dan kalau boleh elakkan jika ada pilihan makanan lain. 

Jap jap... apa maksud jika ada pilihan makanan lain ? Kalau ada lauk pauk saja.. makan je la lauk pauk. Fokus saja makan untuk kenyang. Makan untuk dapatkan nutrisi. Makan untuk sihat. Tu jer. Rasanya macam tu pun sedap dah kan ! 



Zaman jaga makan bermula dari tahun 2022 dan kesannya mula nampak pada tahun 2023. Alhamdulillah.





Kesimpulan.. nasi putih tak bersalah ! Yang bersalah ialah kita gagal kawal nafsu. Tapi aku tetap elakkan nasi putih sehingga keadaan memerlukan aku memakannya. Buat masa sekarang , aku selesa dengan keadaan sekarang terutama perut aku yang tidak lagi membuncit selepas makan. Aku tak lagi bermasalah selepas makan tengahari yang mana ramai orang sekarang ni , lepas makan tengahari.. mesti mengantuk ! Masalah insulin. Dan ini sangat tak bagus sama sekali. 

Solusinya ? Kalau korang nak makan nasi gak , aku kasi tips mudah. Dalam sepinggan makanan korang tu perlu ada sayuran , protein dan nasi. Mula mula makan dulu sayuran atau buah buahan ( fiber). Abiskan. Pastu baru abiskan protein seperti ikan , telur atau ayam. Sebelum nak makan nasi.. tanya perut dulu.. Dah cukup ke belum ? Kalau rasa lapar , baru makan nasi. Jika tidak , korang dah tau.. takat mana perut korang memerlukan makanan tu. 

Aku bukanlah coach atau pakar pemakanan tapi inilah yang aku buat selama ni yang mana sebelum ni aku ada masalah dengan kesihatan. Alhamdulillah , Allah beri kesempatan pada aku untuk ubah termasuk ahli keluarga dan juga rakan rakan yang memerlukan. 





 



You May Also Like

0 comments