Kerajaan perlukan bantuan kita sekarang !

by - Khamis, Mei 24, 2018

Saban hari sejak Malaysia Baharu , aku rasa bukan aku saja rajin baca berita online. Tak kira la dulu media tu rajin kritik kerajaan atau kutuk pembangkang... tetap baca ! Inilah yang menariknya sekarang... kebebasan bersuara. Tidak lagi disekat dan tersekat. Tapi jangan melampau dah la yer.

Bagi rakyat seperti aku yang bukan menganggotai mana mana parti pastinya teruja nak tau perkembangan kiri dan kanan...terutamanya kerajaan dan juga si polan yang... aku nak tulis mengkhianati negaranya sendiri ikutkan tapi cam agak keterlaluan la gitu tapi apa gelaran yang sesuai untuk dia ?? Hurmm.... hampa sangat. Ko nak 'makan' , makan sikit skit dah la... Ni baham serupa ikan paus. Pastu bagi alasan serupa macam rakyat tak belajar KBAT lak... Huhh... 

Ok.. aku malas nak bicara pasal unta unta padang pasir tu. Aku yakin dengan 1st generasi Malaysia Baharu ni. Bermula dari Perdana Menteri yang dah 'diperbaharui' berjiwa rakyat dan diikuti menteri menteri yang sememangnya berjuang untuk rakyat berpuluh tahun lamanya , pastinya inilah yang kita mahu... 



Nah.... kalau rajin godek Facebook , macam macam cerita positif viral. Yang negatif tu , biarlah mereka bersama labu labunya. Sekarang ni , kita kena bantu mereka membangunkan kembali negara kita dengan harapan , kita turut kembali memulihkan semangat dan seterusnya menikmati pembangunan ini bersama generasi yang akan datang dengan lebih cemerlang dan baik... 

Camana nak bantu ?? Hehehehe... apa kata dengan membayar cukai pedapatan ? Dulu ramai tak nak bayar cukai sebab tau duit tu mana hilangnya kan ? Sekarang... apa kata kita bagi peluang untuk mereka ? Kit turut kena mainkan peranan juga kan ? 

Bagi yang layak... ayuh , sama sama kita bayar. InshaAllah , cukai kita tu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya... Kita beri mereka peluang seperti mana mereka memberi kita peluang untuk menarik nafas baru... Ok ? 

You May Also Like

7 comments

  1. Suka sangat dengan pentadbiran kerajaan yg baru ni.

    BalasPadam
  2. Sejak kerajaan baharu ni terus rasa bertuah jadi penjawat awam.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..suka betul dengan pemerintahan baru ni.Terasa seolah hidup pada Era 90-an pula . Berita pon dah mula tengok sekaeang ni

    BalasPadam
  4. otak rasa lebih lapang bila baca pengalaman YB Mat Sabu setiap hari

    BalasPadam
  5. aku 'nak tulis' mengkhianati negaranya sendiri ikutkan tapi cam agak keterlaluan la gitu....

    dah tulis hah

    BalasPadam