Kenapa dengan tangan Aariz ?

by - Ahad, Mei 06, 2018


Di Nilai Medical Centre. Hurmm.. Dia sorang ni kan, memang cukup lasak laaa.. Nampak je lembut dan penakit tapi.. Aduhh... Perasaan ingin tahu dia cukup kuat. Daya ingatan pon.. Hurmm.. Sama je 3 beradik ni, Qhaliff dan Zahra tapi Qhaliff ada la gak reti takut berbanding Aariz ni.

Dah kenapa dengan tangan dia sampai kena gi Nilai Medical Centre dan berbalut gitu? Hurmmm.. Aariz ni tinggi budaknya. Semua menda dia nak capai. Apa saja nak dapur tu, dia nampak dari jauh, memang berusaha nak dapatkan. Aku memang cukup berhati hati dengan dia ni.

Mesin air Coway.. Dia boleh capai dah nak tekan. Sering kali memang locked selepas guna. Nak dijadikan ceritanya, dia menyelinap belakang mak dia senyap senyap. Sebelum tu dia nak buat ketika aku amik air. Aku sempat perasan dan cepat cepat locked.

Dan nak kena jugak... Ketika mak dia amik air, dia sempat ke depan dan tekan.. Haihhh.. Apa lagi. Menjerit la. Terus ke hospital. Nasib baik la dekat. Nahh, sekarang hari hari kena gi utk dressing sampai ok. Kan dah tak pasal pasal bertambah keje!


Sekejap je.. Pastu melasak balik cuma dia tak berani dah nak dekat mesin air  Coway tu. Hurmm.. Bukan salah mesin. Kita kena lebih peka dan pantas. Senantiasa kena bersedia dan alert akan di mana anak kita berada. 

Apa kena buat bila kena air panas? Part ni ramai gagal. Elakkan petua pelik pelik. Ni aku copy dari SirapLimau. Hurmmm..

" Apabila terpegang benda panas, anda boleh terus melalukan anggota yang tercedera dengan air paip selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Kalau terkena pada bahagian anggota yang besar, dudukkan anak di bawah pancuran air di bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai.

Selalu kita dengar petua rawatan lecur menggunakan bahan tertentu seperti tepung, ubat gigi, kicap, dan sebagainya. Jika kesan lecuran tersebut kecil dan berlaku pada orang dewasa, petua ini mungkin boleh digunapakai. Tetapi, jangan sesekali melakukannya sebagai‘first aid’ atau langkah kecemasan pertama, terutamanya pada anak kecil yang sedang kesakitan.

Selepas beberapa hari, mungkin kawasan kemerahan ini akan mula surut dan mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Menurut BabyCenter, apa yang perlu anda lakukan adalah menyapukan kawasan ini dengan ubat antiseptik dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar.

Ingat, jangan sesekali cuba memecahkan gelembung ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk. Elakkan daripada menyapukan losyen, bedak, atau sebarang petua lain yang tidak diketahui keberkesannya kerana ia turut berisiko kepada jangkitan.

Kesan melecur ringan biasanya boleh sembuh dalam masa 1 hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan lecuran tersebut. Sekiranya anda perhatikan kawasan tercedera semakin sakit, bengkak, menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak, jangan lengah untuk mendapatkan rawatan doktor kerana ia barangkali tanda jangkitan.

Seperti yang kita tahu, kulit anak kecil adalah lebih sensitif dan cenderung untuk menghadapi komplikasi sekiranya berlaku kecederaan. Oleh itu, sentiasa utamakan keselamatan dan ketahui ilmu asas pertolongan cemas bagi memastikan sebarang kemalangan dapat ditangani dengan sebetulnya. ".

Dan di Nilai Medical Centre , petugas sangat pantas. Diaorang 'selesaikan' dulu Aariz baru buat urusan pendaftaran. Staff pon aku rasa kali ni bagus. Senyum senyum sokmo. Comel comel belako.. huhuhu.. Yang tak sakit pon happy je nak berulang ke sana. Eh...

Bab Aariz ni... hurmmm budak tengah membesar tapi itu bukan satu alasan untuk kita !



You May Also Like

7 comments

  1. Dah pernah alami kes anak kena air panas ni. Lagi teruk kedua2 tapak kaki dan tangan dia kena.
    Masa awal kena memang terus rendam dalam air dalam bilik air. Walau ada yang suruh letak kicap masa tu, tak kuizinkan. Terus kejar ke hospital dan ambil masa yang lama untuk sembuh. DAN kerana dialah wujudnya blog MakBudak ni. Huhuhu..

    BalasPadam
  2. alahai budak debab ni hehe gws Aariz

    BalasPadam
  3. Siannnnyaa lahai..Ngeri dengar kalau bab air panas ni. sebab anak sedara dh pernah kena suku dari badannya, lagi plak dr cerek masak tertumpah..

    Cepat baiknya ye Airiz..
    Cuba ko bagi adik, aku rasa diam dia..hahahaha

    BalasPadam
  4. ngilu laaaa nengoknya...tu la makin nak besar makin lasak,laki puang sama je lani,humaira ni pun sama la haihhhh...

    BalasPadam
  5. adoiiiii... rasa macam kite pulak yang kena air panas tu. Kite selama ni kan,tak tahu pon boleh lock air pans tu.. hmm.. nak kena tanya balik ni penjual coway.Moga cepat sembuh aariz

    BalasPadam
  6. Alaaaaa sian dia! Letak Magic Lotion Cosmoderm tu pun ok, saya penah kena air panas mendidih. Pastu terus letak Magic Lotion tu, memang tak mengelebung.

    BalasPadam