Bagusnya Wong Solo di Bandar Tasik Permaisuri !

by - Jumaat, Mei 04, 2018

Dulu , aku tak beberapa gemar nak makan kat sini.. dulu laaaa ! Tapi selepas 'terkena' mee goreng ayam dia , fuhhh... terus melekat aku kat sini ! Pantang lalu sini.. mesti ajak wife singgah makan. Anak anak buat hal  pon , tak pe laa.. makan dulu baru selesaikan diorang ! Hahahaha.. 

Makanan dia , baru aku tau sedap ! Hahahaha..Dulu bukanlah tak sedap tapi ada sesuatu yang membuatkan aku tak beberapa berminat nak makan kat situ sehinggalah wife tapau air kat situ... dan aku kembali berminat nak singgah makan. Haaa.. memang power la masakan kat situ. 

Yang kedua selain makanan ialah kebersihan serta adanya surau di situ. Alhamdulillah. Dan yang ketiga , signboard di situ yang menarik minat aku. Ternyata pemilik amat pentingkan bab solat. Nah , kalau solat jadi pentingan pastinya makanan turut sama pentingnya.. kan ?

Harga ? Hurmm... ni payah skit aku nak diskus. Nak kata murah tu , tak gak tapi nak kata mahal pon tak jugak sebab setanding dengan makanan dia.. sedap ! Huhuh.. Layanan pon ok jer. Takda isu muka masam dan sebagainya. 




Aku tak tau la cawangan lain camana tapi Wong Solo di Bandar Tasik Permaisuri , bagi aku memang berbaloi untuk dicuba. Bagi yang sukakan makanan pedas , nahhh.. boleh cuba la sini.

You May Also Like

2 comments