Best tak DeadPool 2 (2018 ) ?

by - Khamis, Mei 17, 2018


Semalam aku gi layan DeadPool 2 di TGV Sunway Piramid. Tengahari ! Huhu.. Sebelum Ramadan menjengah. Maklumlah , DeadPool ni tak leh nak jangka jalan ceritanya. Maka untuk elakkan pahala kurang , maka kena layan cepat cepat. Ramadan , tamo tengok wayang...kononnya la ! Hehe..

Beli tiket jam 12.30. On time tuuuu.. Orang tak ramai. Yelah , waktu keje la katakan. Sapa berani nak tengok time time gini kan ? Kang kena buang keje . baru ada akai. Tak berbaloi kerana DeadPool gitu. Hahahaa.. 

Dengan popcorn di tangan... ice lemon tea di sebelah aku.. maka aku pon layan la... Cerita pon start. Nafas aku makin lama makin perlahan.. Cerita makin panas. Dialog semakin melucukan.  Penuh sindiran dan juga makian. Ehh.. hahahha.. Tak sesuai untuk anak anak tengok ! Qhaliff pon tau dia tak boleh tengok. Untuk orang besar je, katanya. 

10 minit bermula... aku terlena. Cerita tak best ke ? Entahlaaah... Nak kata banyak cakap.. pon ye gak tapi aksi pon banyak. Mungkin aku yang bermasalah kot ? Aku sedar di pertengahan cerita. Cable datang jumpa DeadPool, mintak tolong. Aku sedar sedar pon si DeadPool dah tinggal setengah badan. Gitulah.. Pastu layan sampai abis. 

Kesimpulannya.... Cerita ni tak payah la bawak anak. Aku rasa DeadPool 1 lagi best kot ? Hahahaha.. Dan aku rasa korang pon akan kesudahan cerita ni. Boleh dijangka la. Senang sangat. Hehehe.. Tapi ianya melucukan. Gitu laaah.. 

Berapa bintang... ? Aku kasi 3.5/5 bintang. Aksi, biasa biasa jer. Ala ala part 1 jer. Dialog dia yang menarikkan cerita ni. Boleh layan. Tak rasa rugi la. 

You May Also Like

3 comments