Seronok berbuka di PNB Perdana Hotel bersama rakan rakan..

by - Ahad, Mei 27, 2018

Alhamdulillah.. lama aku tak jumpa kawan kawan sekolah aku ni. Masing masing sibuk dengan urusan la katakan. Dan aku aturkan satu pertemuan ringkas sambil berbuka. Terubat rindu kenangan silam. Perangai tak berubah tapi dah matang. Hahaha.. 

Dengan harga RM98 sekepala , berbuka di PNB Perdana Hotel ni memang berbaloi la. Kawan kawan pon puashati. Banyak pilihan makanan. Tempat pon selesa. Ruangan solat di tingkat 5 luas. Tempat letak kereta mudah menjadikan hari tersebut satu kenangan buat aku dan mereka. 

Aku buat pertemuan tu selepas salah ada rakan rapat kami, meninggal dunia baru baru ini. Sedih dan sayu. Tak sangka dia yang pergi dulu. Tu yang aku kata ngan kawan kawan... kita rajin rajin la lepak duduk berbual. Mengenang kisah lalu boleh membuatkan hati muda kembali. Hilang stress gitu bila ingat kisah di sekolah.. dengan perangai masing masing yang nakal !

Di ruang restoran Binjai , kedengan ustaz mengalunkan ayat ayat suci Al-Quran sebelum masuk waktu. Sangat tenang. Sambil berbual perlahan , mata memerhati. Banyak makanan tapi tidak ketelaluan. Di luar , ada booth yang menempatkan ayam panggang dan beberapa jenis masakan enak. Hehehe.. rileks ! Sabar...


 Boleh pilih.. nak makan di bahagian dalam atau di bahagian luar ! Santai jer..








Ahaaa... Aidilfitri bakal menjelang. Nak shopping kat KL ? Mehh dapatkan harga special kat sini. Boleh terus berbuka di sini dengan harga istimewa gak ! 


Hubungi 03-7490 3333 segera. Boleh solat Terawikh di Masjid Asy-Syakirin KLCC . Dekat jer. Untuk maklumat lanjut , boleh tengok di http://www.pnbperdanaonthepark.com dan Facebook ,  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur.


You May Also Like

1 comments

  1. Berpatutan jugak bufet dia, berbaloi dengan pilihan menu yang pelbagai.

    BalasPadam