Jangan sekadar mengharap pada bonus !

by - Khamis, Mei 31, 2018

Sejak abis belajar dulu , kerja aku tak pernah tetap. Aku pernah tidak bekerja bertahun tahun lamanya. Mencari kerja di zaman ekonomi meleset. Penghujung tahun 90an. Sedih. Tiada yang sudi membantu. Terasa diri cam sampah masyarakat jer. Orang pandang kita cam... hurm.. 

Sayangnya zaman tu ada internet. Tapi ramai tak tau manfaatkannya lagi. Dan sekarang , internet di hujung jari 24 jam ! Tak perlu on komputer untuk melayari internet dah. Pelbagai gajet dah ada internet sekarang ni. Tapi masih ramai tak tau bagaimana nak manfaatkan sepenuhnya terutama bila ada platform media sosial ni. Dah la percuma guna tapi dihabiskan masa begitu saja. 

Baru baru ni , Perdana Menteri Malaysia ke 7 , Tun Mahathir mengumumkan bonus Aidilfitri untuk penjawat awam. Jumlahnya tidak la besar tapi bagi aku , banyak dah tu ! Bagi yang tak dapat , terasa la hati tu kan ? Rileksss.. aku pun tak dapat ! 

Mulai hari ni kan , aku ajar korang nak ? Camana nak buat duit sampingan melalui blog atau media sosial ! Nahhh... Percuma jer ! Tak perlu bayar sesen pon. Kalau nak bayar gak , masukkan je ke Tabung Harapan Malaysia. Heee..

Tak perlu target nak kaya pon. Memadai dapat bayaran cam BRIM atau BONUS untuk setahun ! Kesilapan kat sini ialah , ramai nak jadikan sumber pendapatan utama.. nak ikut cam aku ! Aku tak kaya pon. Memadai la boleh belanja anak bini makan jer.. dah ! Huhuh.. 

Dua cara.. Pertama blog. Buat blog tu percuma. Guna je blogger.com cuma jika nak design lebih cantik , boleh la upah orang buatkan.  Ok , part ni aku tau korang nak tanya.. Nak cerita apa kat blog ? Ehhh.. kalau korang boleh membebel kat Facebook atau letak gambar cantik cantik kat Instagram , maka buatlah menda yang sama di blog ! Nak update macam menaip kat Wordpress je ! Nak berak tu lagi susah dari nak bercerita di blog tauu ! Haaa.. 

Kemudian , pasang jer Adsense ! Selain dari tu , tak yah la.. buang masa jer ! Hahahaha.. Kenapa ? Sebab Adsense bayar dalam bentuk USD kauu ! Untung tak ? Haaaaa... 

Aku dah cuba dan aku dah dapat bayaran. Alhamdulillah. Lepas la duit baju raya anak.

Apa nak cerita di blog ? Ada ke orang nak baca ? Ehh.. kalau Facebook dan Instagram korang tu ada yang LIKE dan KOMEN , bermakna korang dah ada Followers pon. Ingat , Followers ni bukan bererti korang tu level retis atau popular ! Ianya sekadar mereka yang mengikuti perkembangan kita dan ini sangatlah bagus untuk dimanfaatkan ! 

Cerita pasal makan , produk yang korang guna... travel , fesyen korang ..pakaian.. anak anak.. kampung halaman atau nak lagi best jadikan je diari kehidupan. Yang penting gaya penceritaan. Jangan buat karangan atau esei panjang berjela. Orang boring nak baca melainkan cerita tu memang best ! 

Banyak menda korang boleh cerita ! Dan ada je orang nak baca. Tu basic. Bila minat terhadap blogging ni makin mendalam, boleh amik kelas blogging. Masa ni boleh belajar bab teknikal seperti SEO dan sebagainya. Boleh tambah lagi revenue Adsense. 

Tu blog... Facebook dan Instagram pon boleh buat duit. Tak perlu bawa watak pondan atau mengarut di video untuk pikat Followers atau tarik job.. Ubah sedikit kasi menarik jer penampilan, gaya dan juga kualiti gambar mahupun video. Semua ni boleh je belajar dengan melihat mereka yang dah pun berjaya di media sosial. 

Nah... senang kan ? Apa yang diperlukan ialah.. disiplin , serius dan rajin. Kalau korang berjaya  lakukan... pastinya akan tersenyum riang jer. InshaAllah. Dan bila ada blog , jangan cerita sesuatu yang mengaibkan orang lain atau menulis entri yang tak berfaedah.. seperti menabur fitnah ! 

Mulakan langkah pertama.. Register di www.blogger.com .

You May Also Like

5 comments

  1. Sabar menanti ilmu blogging seterusnya. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  2. terimakasih aben.sekarang saya ni pun,pendapatan dari blog juga.Alhamdulillah.. Cuma part adsense tu,nak kena berguru lagi

    BalasPadam
  3. Ilmu yang berguna ni, syukur sangat dapat sikit² rezeki dari blog.

    BalasPadam
  4. bagus abg ben. think positif je selalu. buat apa nak mengharapkan org sangat kan.. baik kita majukan diri kita sendiri. tq abg ben. dah lama dah nak buat add ni.. tp, hidayah x sampai lagi.. haha..\

    BalasPadam