Tiada bonus untuk penjawat awam bagi yang bergred..

by - Selasa, Mei 29, 2018

Sian... hehehe... dengarnya mereka yang bergred 41 ke atas , takda bonus eh ? Huhuhuu.... Bukan semua 41 ke atas tu masyuk pun. Tapi tak pe la... leutamaan negara lebih penting. Kasi selesai hutang hutang negara dulu. Kalau Menteri setuju dipotong gaji mereka , tiada bonus untuk tahun ni pon ok dah kan ? Kalau dipotong gaji , lagi naya.. kan kan ? Huhu.. 

Hutang , jangan dibuat main. Walaupun ada yang kata , negara lain pon berhutang.. ok jer ? Tapi mau pikir la sikit.... Diorang hutang , negara diorang camana ? Kita berhutang , duit pemimpin berlonggok dalam rumah. Bini masing masing , mewah ! Diorang mewah... Diorang bayar hutang , guna duit rakyat ! Maka sebab itulah , mereka bergelar bekas pemimpin sekarang. Nah , aku memang setuju sangatlah jika harta harta mereka disita dan diaudit semula. Huhh ! 

Pening setiap hari ada je 'ada cerita' baru.

Ada yang kata...biarlah ! Biarlah pemimpin kerajaan baru fikirkan camana nak selesaikan hutang tu ! Kita kena ingat... selagi hutang beratus billion tu ada , kita turut juga akan terlibat sama. Sekarang ni tak tau lagi cerita pasal petrol...pasal tol ! Jika hutang negara berkurangan, barulah kita dapat menikmati kembali 'harga murah' seperti dulu. Barulah dapat menabung dan tak perlulah lagi nak kerja siang malam bagi menampung keperluan keluarga ! Tengok sekarang ni dah la... malam pun ada yang terpaksa 'keluar rumah' untuk cari sesuap nasi ! 

Tak tau berapa lagi bonus untuk penjawat awam bergred 41 ke bawah. Tak kisah la berapa pun tapi ianya dah cukup membantu meringankan beban. Lepas la nak beli baju raya anak anak.. kan ? Cari kat Aeon atau Tesco dah. Sana pun baju cantik cantik gak kan ? 

Disebabkan wife tak dapat bonus , duit raya tahun ni aku kena carik. Hurmm... Harapnya ada berita baik la nanti mengenai petrol dan tol.. terutamanya di MEX tu haaa ! Ari tu naik sampai seringgit. Jadah aihhh ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah dapat jugak bonus, kalau tak memang takde duit raya tahun ni. Huhuhuu!

    BalasPadam
  2. Aeon/Tesco pon mahal jugak.Pusat Pakaian Hari-Hari murah sket.mydin. kalo lah kedai eco2 ada jual baju raya kan bagus

    BalasPadam
  3. Bagi pendapat saya alangkah baiknya jika pemberian bonus berdasarkan minimum gaji contohnya RM 4,000 ke bawah. Kerana gred 38 ada yg melebihi gaji Gred 44 mengikut perkhidmatan. Begitu juga dengan pesara.

    BalasPadam