Avillion Cameron Highlands , Pahang memang terbaik !
Terletak di Tanah Rata , Cameron Highlands dan bersambung dengan pusat membeli belah, Cameron Fair , Avillion Cameron Highland memang best sangat untuk diinapi beberapa hari tak kira la berkeluarga atau pun bujang !
Mereka yang inginkan percutian singkat dan merasai kenikmatan udara yang dingin tanpa kira masa, sememangnya Cameron Highlands menjadi pilihan. Ditambah lagi keindahan ladang teh serta ladang ladang strawberi , serta bunga-bungaan yang menawan. Seronok bergambar kat sini. Cuma kalau nak lagi seronok , jangan pergi hujung minggu. Amik cuti hari biasa. Tak ramai sangat orang dan jalan pon tak sesak sangat.
Ok... berbalik pada Avillion Cameron Highlands ni, bagi yang berminat untuk menginap kat sini , aku cadangkan rajin rajin tengok harga di laman web Avillion Cameron Highlands. Bukan apa.. kadang kadang ada harga promosi yang menarik ! Huhuhuh.. cepat cepat la tempah !
Hotel ni best. Nak cari makan sangatlah mudah. Kalau tak nak makan di dalam hotel , boleh je turun bawah dan bersepah kedai makan serta restoran..24 jam ! Fuh , memang berjalan je memanjang kat sini. Kalau malas nak jalan jauh, turun je tingkat bawah. Ada pusat membeli belah kan ? Naaaa.. Mr.DIY pon ada ! Dan banyak lagi sedang dibuka.
Di Avillion Cameron Highlands , mereka mementingkan konsep kekeluargaan. Selamat , mesra suasana dan mendamaikan. Parking percuma dan ada banyak. Nak risau apa ? Huhuhuh... Ada taman permainan kanak kanak , gym pon ada !
Ok... kita tengok bangunan Cameron Fair yang menempatkan Avillion Cameron Highlands dan juga persekitarannya.
Avillion Cameron Highlands berada di tingkat atas Cameron Fair.
Berdekatan pasar malam
Restoran atau kedai makan yang berada di sekitar Cameron Fair
Shopping Mall , Cameron Fair. Macam macam ada !
Ok... jom tengok view dari balkoni bilik aku. Oh , bilik aku ada balkoni menghadap bukit. Cantik woooo ! Cantik sangat terutama bila matahari terbenam. Subhanallah... hilang rasa penat dan segala stress. Tak perlu gi luar negara gituu...
Ok... skang tengok bilik yang aku inap untuk 2 malam. Best ! Qhaliff sampai tak nak balik.. Hahahah.. suka sebab ada balkoni berumput gitu. Pastu ada khemah kecil untuk bermain. Yang ni sewa jer. RM10.
Bersih dan empuk sungguh tilam. Bantal dia memang... fuh, lenaa ! Tidur sekejap pon rasa cam tidur lama sangat dah. Bilik air ada 2. Takda bath tub tapi dah ok sangat bagi aku. Tu pun budak budak puas main air.. Huhuh..
Bestnya bilik aku ni, balkoni ! Fuh, memang santai giler la. Boleh buat makan makan je kat situ.
Cantik kan ? Ada beberapa pilih bilik. Yang aku punya 2 bed rooms suite. Yang lain pun cantik dan selesa. Cuma yang ada balkoni mengadap bukit , yang ni je la.. Boleh refer di laman web Avillion Cameron Highlands nanti.
Ada gym , playground dan bilik bermain atau membaca jika suami atau isteri gi gym. Bagus tul ! Dewan untuk kursus pon ada. Boleh memuatkan 150 orang dalam satu satu masa.
Gym
Dewan
Cafe
Lobi hotel
Playground
Kalau GSC atau TGV mahupun MBO bukak satu panggung wayang kat sini , memang terbaik ahh ! Hahahaha... Mini cinema pon ok dah. Tak payah besar besar..kan ? Ok... buat masa ni ada promosi khas. Korang kena rajin follow web , instagram dan Facebook mereka untuk mengetahui sebarang promosi dn juga aktiviti.
Sehingga 14 Jun 2018
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/
Untuk tempahan , sila klik SINI.
14 comments
wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamNak pegi sini la. Hotel baru mesti best
BalasPadamcantik tempat tu. luas pun ye juga.. nanti kalau nk pergi cameron boleh la try menginap kt situ
BalasPadamAdoi .... Jatuh cinta lak ngan Avillion Cameron Highland ni
BalasPadamBanyak facilities dan bilik dia ada balkoni tu yang best tu. .. Cuci mata tengok view cantik kat luar.
Ok... Nak pi tengok promo dia
bestnya. lawa. mcm2 kemudahan plak. ish. nak g jgk pls.. huuuu
BalasPadamBestnya ! Last time awal tahun rasanya pergi cameron book homestay je sebab ramai2.memang suka datang cameron ni dekat gila kaki gunung dengan rumah.terus craving teh strawberry
BalasPadamCantiknyaaaa! Dah lama tak pi cameron, tetiba rasa tringin plak nak pi
BalasPadamMenarik la Beben..harus ku booking...
BalasPadamCantiknyaa!!!! mcm kat obersi hehehe
BalasPadamFuhhh lawa bilik dia!
BalasPadamCameron highland always my favorite place sebab tempat first honeymoon..hehe.. Menarik giler hotel dan mall satu bangunan. Memang terbaik!
BalasPadamavillion pd pun lawa..inikan pulak avillion cameron..perghh..cantikla
BalasPadamAlaa..takde karpet. Anak-anak saya suka bilik ada karpet nak golek-golek kat bawah sedap sikit katanya. Lagipun sejukk.
BalasPadamKenapa x full carpet? My experience di CH, if resort tu x full carpet, sejuk & x berapa baik jika kita bawa Senior Citizen...kesian diorg...kaki n tumit x tahan sejuk...Komen ikhlas utk AVI. I’m loyal Avi member’s
BalasPadam