Penderaan pegawai atasan terhadap penjawat awam ! - BEN ASHAARI

Penderaan pegawai atasan terhadap penjawat awam !

Bila seorang rakan di Facebook share akan artikal ni , aku tersenyum. Sememangnya benar ramai penjawat awam alami masalah tekanan perasaan tanpa kira pangkat ! Yearghhh.. Aku sendiri pernah alaminya satu tika dulu ketika bergelar guru sandaran dan juga pegawai kontrak di kementerian. Boleh dikatakan setiap minggu aku 'wajib' amik MC ! Potong gaji pun dah sanggup dah. Level hypertension dah woiii ! Maka sebab itu aku amik keputusan untuk mengepit di rumah jer... jadi suri rumah sambil membelah kayu api untuk dijual di pasar malam. Cari duit poket untuk terus hidup gitu..

Ketika menjawat jawatan guru sandaran , aku sendiri tengok betapa ramai guru stress dengan bahagian pentadbiran.  Mereka tak amik kisah pun part cikgu nak stress atau tidak ! Yang penting KPI tercapai.  Ini serius mematikan semangat aku ingin menjadi guru tetap. 


Kemudian masuk ke kementerian yang mengira duit. Dari luar nampak gah ! Tapi di dalamnya , siannya penjawat awam. Gi kerja muka dengan muka stress. Walaupun kerja senang tapi tekanan yang dihadapi tidak terluah ! Tekanan bukanlah saja datang dari pegawai atasan tapi turut dari rakan sekerja. Malah pegawai atasan pun stress dengan orang bawahan ! Hahahah. Serius ! Masing masing stress gitu. 

Bila aku tanya, kenapa tak berhenti kerja je ? Jawapan mereka ,hutang banyak. Sebab tu ada antara mereka sanggup buat bisnes sambilan untuk menampung kehidupan. Sayangnya ada juga lahanat lahanat yang amik kesempatan terhadap mereka dengan mengajak serta bisnes bisnes yang memberi pulangan yang berganda ! Sapa tak kelabu mata kan? Hutang dah banyak. Gaji kecik. Kos sara hidup terutama di Putrajaya tu bukanlah seperti kita nampak ! Sarapan pagi je dah berapa ringgit ! Andai anak bersekolah... fuh ! Panjang citer ni. Hahahah.. 

Ok..artikal yang aku baca pagi ni menarik perhatian aku ! 


Teringat baru baru ni , ada sorang kawan aku bercerita. Katanya boss dia berikan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( LNPT ) yang tidak sepatutnya. Bossnya dari swasta yang dipinjamkan ke jabatan itu tidak tahu akan selok belok  cara pemberian markah tu membuatkan staff di bawahnya geleng kepala. Jika dia tak suka , markah rendah diberinya. Nak kena ikut cakap dia bulat bulat baru dia suka ! Ingkar , siap la ! Menurutnya , ramai yang sudah mintak tukar ke bahagian lain termasuk juga kawan aku. Nak kena jadi macam dia baru ok kot ? Kena kuat 'menjilat' ! 

Artikal yang dikeluarkan pada tahun 2017 tu menyebut , kumpulan pekerja bawahan kebiasaannya dipantau habis-habisan. Pihak atasan tetap tidak kira susah payah pekerja bawahan. Kadangkala pihak atasan atau pegawai buat silap lagi teruk tapi tidak diambil tindakan. Ini penderaan mental kepada penjawat awam, Budaya seumpama itu tidak dapat mewujudkan keharomonian antara pegawai dan pekerja bawahan. Kerajaan patut ambil tindakan terhadap pegawai yang memberikan markah prestasi rendah kepada kakitangan tanpa alasan kukuh.Manakala pekerja yang diberikan penilaian rendah perlu dinilai semula oleh pegawai penilai baharu,


Pegawai atasan sepatutnya turut dinilai oleh orang bawahannya terutama yang kaki culas dan kaki jilat ! Barulah win win gitu ! Tun Mahathir perlu berjumpa dengan orang bawahan untuk mendengar masalah mereka jika ingin melihat pentadbiran kerajaan berjalan dengan lebih lancar. Jangan sekadar jumpa orang atasan jer yang kononnya mewakili pejawat awam yang berpangkat rendah ! 


4 ulasan:

  1. memng stress sgt dgn birokrasi yg pelbagai, org bwh mcm kuli batak

    BalasPadam
  2. Banyak perkara yang perlu diperhatikan..lagi satu kena ubah sikap pilih kasih..pilih bulu dan berkroni..tak kiralah yang berjawatan tetap..berstatus kontrak atau sebagainya..

    BalasPadam
  3. yer - org bawahan jer kena

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.