Bukan mudah jadi suri rumah berkerjaya ni ! - BEN ASHAARI

Bukan mudah jadi suri rumah berkerjaya ni !

Baru selesai segalanya. Esok akan mula sekali , rutin yang sama. Bezanya esok ada Solat Jumaat. Di sini akan ada sedikit perubahan. Ok.. tu esok punya cerita. Tadi punya , agak berbeza sedikit. Hehehe.. Aku puasa ganti tadi weh ! Ganti Ramadan yang lepas sebab aku tinggal sehari. Gara gara balik Kelantan siang hari , maka aku terpaksa ponteng demi keselamatan keluarga tercinta. Tu pun aku memandu dengan berkali kali berhenti. Kalau puasa , entah camana la. Nak balik malam hari , aku tak leh kena silau lampu kereta. Cuma kali ni aku boleh tahan gak sebab cermin mata aku ni kalis silau . Ada guna kanta anti silau yang dinamakan Alpha. Yang menariknya harga dia giler murah ! Berbaloi beli 2 jenis cermin mata. Sekarang ada jualan murah yang berjenama.. Coach dan Burberry ! RM300 jer. 

Awalnya aku rasa cam tak mampu nak abiskan puasa sebab cuaca terik ! Asyik nak terlelap jer. Huhuh.. Dah la sahur dengan telur setengah masak 3 bijik jer. Untung semalam makan besar kat Utan Cafe. Kiranya ada stok tenaga la.. hehehe. Tapi aku tahan gak la. Tengok anak anak makan , minum sedap sedap belaka. Hahahahaha.. Alhamdulillah , syaitan gagal mengoda termasuk la part part gambar gambar yang huhu di media sosial. Berjaya elakkan gitu.. 

Tengahari , cabaran skit sewaktu nak jemput Qhaliff pulang dari sekolah.  Teriknya lain macam. Macam aku kata tadi , aku bernasib baik ada cermin mata berkantakan Alpha. Aku pernah kembali gunakan Oakley yang mana harganya 4 kali ganda dari cermin mata aku sekarang. Aku tak tahan ! Aku simpan balik. Silau di tengahari. Nak memandu pun tak boleh. 

Selesai jemput Qhaliff , di rumah... kena mandikan diorang pulak bila dah cecah petang hari. Aku tak teringat langsung aku sedang berpuasa. Hahahaa... Maknanya nanti , aku boleh berpuasa tanpa risau bab makan sebab aku dah memang jaga makan sekarang ni. Alhamdulillah. Dah latih perut sejak Disember lalu. Huhuhu.. 

Zahra... aku tak jemput dia balik hari ni. Awalnya memang aku nak pergi. Dah janji dengan dia. Tapi si Aariz buat hal lak dalam kereta. Dia tak nak duduk dalam car seat dia. Nak duduk belakang dengan abang dia. Aaahh , bahaya ! Aku takut dia bukak pintu atau tersungkur je nanti. Bukan apaa.. pengalaman aku yang lepas eksiden mengajar aku.. utamakan keselamatan. Malang tak berbau ! Kau jaga camana pun , orang lain belum tentu berjaga ! 

Maaf Zahra.. Zahra kena balik ngan ibu. Dan petang tu dia balik , dia pandang aku. Muka sayu jer. Huhuh.. Aku cium pipi dia. Pujuk. Manja minah sorang ni. Terus sejuk hati dia. Aku ajak mandi di bilik atas. Sememangnya , tugas aku mandikan ketiga tiga anak aku dan wife sediakan juadah berbuka puasa. 

Aariz ? Ni budak kecik takda masalah. Dia nak makanan jer. Dapat , senyap. Stok susu dia... ada untuk hari ni. Wife belikan dia HL Strawberry. Kena tambah air skit sebab manis.


Qhaliff ,  aku paksa dia tidur petang. Nak main badminton malam nanti. Maka syaratnya , buat kerja rumah dulu pastu tidur. Dan dia ikut. Senang jer dia ni. Malamnya , memang aku kena tunaikan janji aku la. Bawak dia gi gym dulu pastu gi main badminton. Sejam , RM23 tu. Kalau jadi member , murah skit la.. Huhuh.. 

Pukul 8 malam hingga 10.30 malam , gym dulu. Dia duduk sorang diri dan buat kerja dia sendiri. Selepas tu , badminton sejam. Tu pun tak sampai sejam sebab dia dah penat. Ok laa.. Saja kasi dia berpeluh dan fit skit..  Yang penting ada memori untuk dia.. bersama daddy , bermain badminton.



Dan 11.30 malam , selesai tapi tugasan aku belum selesai. Aku bawak dia ke satu tempat. Jumpa kawan dan cerita pasal bisnes lak. Huhuh.. Cari makan , ginilah. 12.30 tengah malam , aku minta diri. Terpaksa balik sebab aku kena kembali bertugas jam 6 pagi. Sampai rumah , update blog lak. Lama dah aku tak update blog malam hari. Huhuh... 

Dan rutin aku kembali. Cuma minggu depan , akan berubah ! Wife kena outstation sehari dua. Aku kena uruskan semuanya. Gulp ! Matilanakkkkk ! Tak pernah lagi ni. 


2 ulasan:

  1. Dah besar dh qalif
    Dah xda ka komik pendek hahaha..
    www.sihijo.blogspot.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.