Berbaloi makan tengahari atau makan malam di Utan Cafe & Range, Sepang.

Gaji dah masuk. Niat nak open table bersama keluarga atau kawan kawan tercinta tapi kat mana rasanya yang berbaloi dan boleh bersantai santai tanpa rasa kekok . Yang penting semua balik dengan kekenyangan dan amat berpuashati.. kan kan ?

Biasanya mesti gitu kan ? Aku syorkan bawak mereka ke Utan Cafe & Range.  Kenapa situ ? Mereka baru saja memperkenalkan harga harga yang mampu bayar punya. Haaaa.. Dengan kualiti yang sama, kuantiti yang confirm puashati , pastinya akan kembali merancang untuk kembali. 

Semalam, aku ajak keluarga aku ke sana untuk makan malam. Saja nak belanja wife yang ganti puasa. Rasanya dalam bulan Feb ni tak makan besar bersama diorang lagi. Kena berjimat cermat. Bila nak open table ni , kena pastikan berbaloi baloi. Utan Cafelah pilihan aku.

Jom layan gambar gambar terlebih dahulu dari Instagram Utan Cafe..






Kalau datang tengahari atau petang , boleh layan golf kat situ. Pukul pukul bola sementara tunggu makanan dihidangkan.. Hee.. Sewa je kat situ. Murah.


Untuk semalam... menu aku ialah ikan patin masak tempoyak , ulaman dan beberapa jenis lagi termasuk bakso beranak. Air feveret aku ialah mangga leleh dan ada juga coconut shake ! Fuh... giler punya menyelerakan. Balik rumah , wife aku senyap jer... Rupanya tertidur kekenyangan kat sofa ! Huhuhu.. 






Senarai harga. Agak kurang jelas sebab terliur sewaktu amik gambar. Ni pun gambar dari Mohd Boboy punya. Gambar aku semua bergegar sebab tak tahan tengok menu menunya.. Huhuhu.. Harga jauh lebih murah dari sebelum ni tapi masih mengekalkan rasa dan kualitinya.

Nak ke sini mudah jer. Waze je Utan Cafe & Range Sepang atau bagi mereka yang tinggal di area Sepang , Bandar Baru Nilai ni, Utan Cafe dekat ngan Tasik Teratai jer.. Haaa.. Mudah kan ? Hee.. Ok, kalau nak datang sini berjemaah , korang boleh buat booking dulu. Hubungi je Chef Anet di Instagram atau whatsapp mahupun call je terus. Senang gitu.

Sejujurnya , aku rekemen sangat tempat ni terutamanya jika nak makan beramai ramai ! Jangan risau dengan anak kecil. Kat sini staff semua senantiasa senyum dan memberi layanan terbaik termasuk big boss, Chef Norafidah

Tel : 019 239 4757



3 ulasan:

  1. best view restoren ni. makanan pula, pergh semua menarik. Nanti nak singgah sini ajak family ramai2 makan sama2

    BalasPadam
  2. yg tngok ni pun sama da telan liuq aben..huhu =p

    BalasPadam
  3. adoii malam2 nampak gambr makan ni..hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.