Sekarang baru aku faham. Skill kan anak kita atau... - BEN ASHAARI

Sekarang baru aku faham. Skill kan anak kita atau...

Anak anak kita berada di zaman yang cukup mencabar. Dulu yakni zaman aku laa... Nak bersukan , padang bola sepak percuma jer. Court badminton, sepaktakraw, bola keranjang percuma jer. Disediakan di kawasan perumahan oleh majlis perbandaran.. Masa ni boleh la bersosial dengan rakan rakan dari flat lain. Tapi sekarang ni, fuh.. serba serbi kena bayar. Padang bola sepak percuma pon boleh dikira dah. Kena tempah atau layan futsal je la jawabnya. Seperti main badminton..kena g kompleks sukan gitu !

Hurm... Sebab tu aku kata mencabar. Anak anak sekarang nak bersukan sehari sekali pon payah. Kena tunggu hujung minggu jer baru boleh gi bersukan atau beriadah. Tu pun kena amik kelas kelas tertentu. Nak tak nak , kena amik untuk pastikan mereka punya skill bila dah besar nanti. Atau , mereka akan jadi kaki bangku !




Qhaliff , setakat ni aku dah amik dua kelas untuk dia. Nak tengok dia serius belah mana atau bakatnya lebih menyerlah di sudut mana. Bola sepak tu , tak la kot bagi aku. Hehehhe... Aku tak nampak dia berbakat belah situ. Manakala Zahra , aku nampak dia ke arah seni. Tak tau camana lagi la. Kena cungkil satu satu.  Tapi yang penting , mereka dah ada keyakinan dan mudah berkomunikasi dengan rakan rakan terutama yang baru dikenali.

Dulu aku kesian tengok anak anak buah aku. Hujung minggu , ada je kelas untuk mereka. Bila mereka nak rehat ? Rupanya tak payah kasi mereka rehat ! Kalau rehat , diorang main handphone ! Kasi mereka aktiviti yang sihat. Tak kisah la berguru atau pun bersama keluarga ! Asalkan bukan buang masa layan handphone ! 

Dan bila mereka remaja , mereka dah bersedia untuk bersaing dengan rakan rakan. Bersaing secara sihat.

3 ulasan:

  1. Anak buah PC ibu ayahnya hantar masuk kelas taekwando.

    BalasPadam
  2. Betul tu. Anak sulung saya mmg tgh sukan ragbi, hari2 mmg training tapi weekend takde tapi kadang nengok jugak takut ada game lain tapi mostly weekend dia hari untuk keluarga sbb hari lain mmg terhad. Kalau yang perempuan lebih kepada tarian..Mmg kena cungkil skill diaorang.

    BalasPadam
  3. Saya pun hantar anak-anak ke kelas luar. Zaman dah tak sama. Kena persiapkan anak-anak.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.