Kalau aku tak jaga.. - BEN ASHAARI

Kalau aku tak jaga..



" Elee... buang masa je gi gym ni. Bukan boleh panjang umur pun.. ". Pelbagai kenyataan dilemparkan pada mamat mamat yang suka ulang alik ke gym ni. Sado jer tapi... macam macam selepas tapi tu ! Fuh... 

Aku tak tau nak kata apa la tapi yang pastinya la orang kita ni nak tapi tak mampu nak lakukan ! Mereka nak macam macam tapi tiada disiplin. Nak kaya tapi malas berusaha lebih. Nak cantik tapi tak nak berdandan. Nak sado tapi malas bersenam. Segalanya kalau boleh , hanya dengan MAKAN ! Makan pil , je dah cantik. Makan pil je dah kurus. Makan pil je dah sado. Makan pil je dah kaya terus. Sebab tu kita nampak pelbagai masalah timbul sekarang cuma tidak diambil peduli sehinggalah ianya terjadi pada diri sendiri ! 



"“Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baharu pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara dikesan, akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan kurang sihat,” katanya selepas program “I Want Sihat” anjuran Pejabat Kesihatan Balik Pulau, hari ini.

Katanya, setiap tahun, kerajaan memperuntukkan tidak kurang daripada RM1.6 bilion bagi membiayai kos rawatan pesakit buah pinggang tahap 5 di Malaysia.

Dr Hilmi berkata, kos rawatan bagi pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 seorang bagi tempoh setahun.

Justeru, kementeriannya sedang memberi fokus kepada langkah pencegahan bagi menangani masalah buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain dengan menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai.

Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.

“Setiap orang harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak obesiti dan kencing manis dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” katanya. " - Sumber FreeMalaysiaToday

Aku tak kata la aku ni sihat sejahtera. Demam batuk selsema tu memang la ada. Malah aku ada tekanan darah tinggi berpunca dari sikap tak bertanggungjawab aku bab makan satu tika dulu disamping faktor keturunan. Maka kesedaran dari situ aku kena jaga jaga. Bukanlah untuk hidup selamanya tapi untuk elak susahkan orang lain lebih lebih lagi ahli keluarga aku. Selagi termampu aku elakkan , aku cuba seperti menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sederhana. 

Yer... aku pun kaki makan. Sehingga pernah satu tahap perut melebihi dada. Berjalan mula mengah. Solat pun mengah. Naik turun tangga mengah. Dukung anak pun mengah. Dari situ aku rasa semacam jer. Takkan muda lagi dah gini kot? Itu sebelum masuk 40 an. Sekarang ni dah masuk pun ! Dan aku tengok sorang sorang kenalan tumbang di usia muda. Punca ? Darah tinggi dan jantung. Stress juga antara puncanya.

Semua orang mati. Betul , aku tahu. Aku sebolehnya tak nak mati sebab terlebih makan.


Pilihan terletak di tangan kita sendiri. Apa guna duit banyak tapi dihabiskan pada doktor doktor kan ?

2 ulasan:

  1. maknanya, kena selalu jaga makan. Ini peringatan untuk kami sendiri juga..

    BalasPadam
  2. Setuju Abang Ben, mak ayah saya pun ada kencing manis dan darah tinggi. Jadi saya cuba kawal makan dan exercise.

    Memang malas, tapi bak kata abang Ben la... tak nak susahkan orang lain. Jadi kena ada kesedaran hal kesihatan ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.