Bila minyak zaitun berfungsi pada tubuh badan aku terutamanya lutut aku yang bermasalah !

Teringat lagi ketika aku menderita masalah lutut ! Ketika tu rasa menyesal sangat tak jaga lutut. Tak sangka la aku akan tergolong dalam insan insan yang bermasalah dengan lutut ni. Ingatkan bila dah cecah 60 an gitu baru akan terasa tapi sangkaan aku meleset ! 

Selepas aku buat chiropraktic yang mana aku amat syorkan jika korang ada masalah dengan tulang belakang atau urat sarat , gi la cuba dulu sebab ketika tu aku punya masalah dengan leher , pinggang dan sengal sengal badan ! Selepas 4 kali rawatan , fuh... Dan aku cuma kena rajin buat regangan badan sebelum bersenam. Jangan main belasah je main. 

Oh..lupa lak.. selepas aku buat chiropraktic tu , lutut aku tu ok tapi masih belum kuat. Nak berlari masih takut takut. Cuma aku hargai sangat la sebab bila solat tu aku boleh lipatkan lutut aku seperti sediakala. 

Tetapi segalanya berubah bila seorang sahabat kenalkan aku dengan minyak Zaitun keluaran Al' Ard dari Palestin ni. Aku tanya dia apa bezanya dengan minyak zaitun yang lain ? Setelah penerangan diberikan , aku cubalah sebotol dulu.Ketika ni aku tak tau la minyak zaitun ni bagus untuk mereka yang ada masalah dengan osteoarthritis atau keradangan di lutut. Aku sedar lutut aku ok selepas dua tiga sudu minyak zaitun aku telan ! Haaaa.. serius ! Aku sekarang ni dah kembali workout bahagian kaki yang mana selama ni aku skip punya ! Hahahaha.. Tapi tetap kena sedar diri... jangan melampaui batas ! Dan yang penting , kena amalkan minyak zaitun tu setiap pagi dan malam.  



Bayangkan ketika sakit lutut tu , nak buat plank pun tak boleh ! Lutut seolah olah macam longgar. Asyik nak tercabut keluar je dan seterusnya kaki jadi lembik ! Dan di gym , aku boleh fokus main bahagian lower body tanpa guna knee guard ! Sesuatu yang aku tak sangka sama sekali aku boleh lakukannya lagi ! Ingatkan dah wajib guna !! Rupanya masih boleh digunakan dengan baik sekali. Manfaatkan dengan sebaiknya. InshaAllah.

Selepas tu , memang aku syorkan setiap kenalan aku dengan minyak Zaitun Al' Ard ni ! Walaupun ada banyak minyak Zaitun di pasaran , aku suruh diorang amik dari jenama Al' Ard ni. Kenapa aku syorkan Al A'rd ni ???? 

Haa.. mula mula aku terangkan kebaikan jika diamalkan pengambilan minyak zaitun ni yer. Ada 8 kebaikan berdasarkan dari blog Tg. Asmadi , blogger pasal diet pemakanan : 
  1. Melindungi Jantung
  2. Membantu melawan kanser
  3. Membantu menurunkan berat badan dan mengelakkan obesiti
  4. Menyokong kesihatan otak
  5. Melawan masalah mood dan tekanan
  6. Bagus untuk kesihatan kulit
  7. Mencegah atau merawat diebetis
  8. Membantu mengimbangi hormon
Nak baca lebih lengkap , boleh ke blog Tengku Asmadi.

Ok... kenapa aku memilih minyak zaitun Al'Ard ni ? Haaa... Boleh baca terus. Save gambar ni pun lagi bagus. Mana tau kot kot nak kasi kat kawan dan suruh mereka amalkan amik minyak zaitun. Amik tu , maksud aku amalkan. Bukan amik gambar atau berselfie bersama produk yer.. Hee...

Nah... 21 keistimewaaan Minyak Zaitun Al' Ard dari Palestin ni ! Baca dan hadamkan.




Untuk pengetahuan korang , lebih 20 orang doktor perubatan menggunakan minyak Zaitun Al' Ard ni. Haaa.. Ternyata minyak zaitun Al'Ard memang menjadi pilihan mereka yang mengetahui akan keistimewaannya...termasuk aku ! Heee.. 

Cara nak guna ? Huhu... Ada yang kata tak leh nak telan terus. Ada yang kata guna masa memasak. Camana tu ? Ok... aku kongsi cara penggunaan yang mudah. 

Penggunaan:

  1. Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit
  2. Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

Cara guna:

  • Minum 1 sudu besar (15ml) pagi sblm makan pagi & sebelum tidur.2 kali sehari 
  • Minum ketika perut kosong. Jgn terus telan. Kemam dulu 1/2 minit.
  • Lepas makan minyak zaitun jgn minum air. Kalau nak minum lepas 5-7 minit.
Minyak zaitun ni bagus untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka.Caranya ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam kemudian cuci jer. Dan bagi menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


Banyak kan khasiat minyak zaitun Al'Ard ni ?? Haa... pastikan korang amalkan dan simpan stok di rumah. Cam aku, setiap kali beli.. kasi mak aku sebotol juga. Sebulan sekali , ok dah.. daripada takda.

Untuk maklumat lanjut , boleh ke www.alard.my 

1 ulasan:

  1. Minyak zaitun memang bagus.Quran pun dah kata ,kita tinggal amalkan jek.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.