Bahaya memandu malam di Gua Musang- Kuala Kerai !

" Nak balik ke tak nak ? ". Tanya aku . Wife senyap. Hehehe.. Aku tau , dia memang nak balik sangat. Lama dah katanya tak balik kampung.Bukan sebab tak nak balik tapi dia tu yang sibuk Baru tukar kementerian. Aku ok jer.. Hahahaha.. 

Sebelum nak balik , kedua dua kereta aku diservis terlebih dahulu. Segalanya perlu dipastikan akan keselamatannya. Bezza ok dah. Tapi Livina , kena tukar ke empat empat tayar. Dah botak katanya. Merbahaya jika nak memandu jauh. Hurm... Duit lagi ni. Bezza pun baru je tukar tayar ! Adehh.. camana ni ? Duit nak kena simpan skit untuk repair rumah lepas raya cina ni. Adehh.. Tapi balik , tetap balik. Dah janji ngan wife.

Jam 12 tenghari , selepas dipastikan tiada kesesakkan lalulintas atau kemalangan jalan raya di Karak, aku sekeluarga ke Cheras. Nak tukar kereta dari Livina ke Bezza. Oh ya, kedua dua kereta ni milik wife. Aku takda kereta tau. Cuma aku yang bayar setiap bulan. Hahahaha.. Kang korang ingat aku kaya hasil blogging lak ! Haaa.. LHDN dok cari orang kaya sekarang ni. Hahahha.. Korang kaya kan? Bayar la cukai. Hahahaha.. 

Satu lagi sebab selain Livina , tayarnya dah botak.. aku tak nak memandu laju ! Livina laju gak wooo.. Kira kalau dengan Ferrari tu, boleh ikut laaa... ikut asap je ! Hahaha.. Aku nak bawa Bezza sebab nak rileks rileks gitu. Aircond Bezza pon kuat. Skang ni cuaca agak panas . Dalam kereta boleh berpeluh walaupun ada aircond. Hee..

Dari Cheras, bergerak ke Pantai Timur. Hurmmm.. Nak ikut Terengganu atau Gua Musang ? Pikir punya pikir.. aku nekad ikut Gua Musang. Ada banyak surau dan masjid boleh berhenti. Tengok jam.. dah masuk jam 3 petang. Laluan ke Bentong , memang penuh dengan kereta. Yang memandu dengan berhati hati tu ramai. Tapi yang memandu serupa nak terberak pun ramai. Ikut rapat sangat , mencelah kiri dan kanan seolah olah tiada hari esok dah... pastu yang laju satu hal ! Aduh... fobia aku tengok corak pemanduan gini ! Terimbas kembali saat aku dilanggar dari belakang , 2 bulan lepas. Mana mana kereta ikut dari belakang dengan rapat , memang aku main brek punya ! Kasi dia sedar. 

Dan aku sedar sesuatu... tiada lori lori besar ! Terima kasih JPJ ! 




Singgah di Masjid Bentong untuk bersolat sebelum teruskan perjalanan. Wife nak mandikan anak anak dan tukar diapers. Di dalam masjid , ada dua jenis tabung. Satu untuk kebersihan tandas dan satu lagi untuk masjid. Aku suka Masjid Bentong ni sebab bersih. Tahniah buat AJK masjid.  Oh ya... bagi yang guna tandas tu , sumbang sumbang la duit skit dalam tu. Yang cuci tandas tu, belum tentu bergaji. Paham tak maksud aku ? Haa... 

Siap. Kembali ke jalan raya. Tepuk dahi ! Adehh.... masih lagi banyak kereta.. Banyaaaaakkkk ! Aku  memandu dengan baik sekali. Sesekali ternampak kereta JPJ tanpa ada sebarang sekatan. Aku tersenyum . Bagus idea JPJ kali ni.. Dengarnya JPJ Johor tapi aku berharap , seluruh negara guna idea ni.  Lagi bagussss ! Biar diorang terkedu bila dapat saman ! Haaa.. Jangan sedap dok buat salah tapi tak sedar diri ! 


Berhenti di Gua Musang. Hari dah gelap ! Tiada lampu jalan menyinari jalan raya. Nasib baik ada banyak kereta. Jika takda kereta , fuhhhhhh.... memang evil la nak memandu sini terutama yang tak pernah ada pengalaman ! Bukan jalan lurus tauuuu ! Haaa.. Bengkang bengkok la gak ! Hahahaha.. 

Tengok waze... Masih ada merah. Tapi bukan jammed cuma kereta je banyak. Pedih mata ! Teringat yang aku tak boleh memandu malam dah terutamanya jalan jauh ! 



Dan aku bernasib baik sangat sebab pakai cermin mata berkanta Alpha yang mana mampu menangkis silau lampu ! Tau tak ? Haa.. mesti tak pernah baca entri aku , Cermin mata murah , kanta Alpha yang anti silau dan halang sinar biru selesaikan masalah rabun aku ! ni , kan? Haa.. baca laaa.. Kalau korang memang pakai spek , wajib baca !




Yang buat mata aku penat ialah... kena jegilkan mata melihat garisan jalan yang kejap ada.. kejap takda ! Kena pandu hati hati , dan tengok jalan depan. Kasi lampu besar sebab jalan raya memang gelap. Kena harap kenderaan lain untuk terangi jalan ! Kalau ko je sebijik kat situ.. doa doa la tak jumpa ... hahahha... 

Part jalan raya tak berlampu tu , aku tak tau sapa patut amik tindakan. Rasanya dah lama takda kan tapi sejujurnya , memang wajib ada untuk pastikan jalan raya diterangi. 

Jam 10 malam.. Selamat tiba di destinasi. Alhamdulillah. Pasni pikir nak balik lak camana ! Hahahaha... Adoiyaiii.. Nasib baik laaa sorang je bini ! Kalau 4 , camana laa aku eh.




2 ulasan:

  1. nasib baik tak nampak hantu..hihi

    BalasPadam
  2. Pernah juga lalu malam2 kat situ. Serius memang gelap. Mujurlalh takde apa2 berlaku. Moga selamat pergi dan selamat pulang ye

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.