Mereka perlukan sokongan kita tanpa kita perasan mengenainya ! - BEN ASHAARI

Mereka perlukan sokongan kita tanpa kita perasan mengenainya !


Qhaliff dengan bangga tunjuk medal yang dia dapat hasil dari kemenangan acara yang dia masuk di Hari Sukan Sekolah. Sayangnya dia tak naik pentas dan ambil bersama sama rakan lain sebab dah balik rumah. Hee.. cuaca panas terik. Aku tak tahan dan risau pitam lak. Maklumlah , puteri lilin sejak bergelar suri rumah. Mana nak main panas dah.. Huhuh..

Aku bernasib baik sewaktu acara dia , aku berada di lokasi tersebut. Aku ingatkan dia tak mencari sebab dok sibuk bermain dengan kawan kawan dia rupanya dia memerhati dalam senyap. Bila aku memandang pada dia , dia lemparkan senyuman dan beri tanda 'bagus' pada aku. Tersenyum aku.



Bila acara dia tiba... melontar gelung ke dalam kon gitu.. dia berjaya masukkan ke sasaran dengan tepat. Berlari kembali ke tempat asalnya dan memandang aku.... sekali lagi tanda 'bagus' dilemparkan pada aku. Aku membalasnya. Ternyata dia memerhati dalam diam. Aku ingatkan dia tak kisah sama sekali aku ada atau tak.. rupanya.. hurm..

Begitu juga dengan Zahra... Semalam , aku tak jemput dia pulang dan ketika sampai di rumah , dia dah pun terlena dalam kereta. Lenanya hingga ke malam hari. Sebelum dia bangun , aku dah pun keluar rumah. Ada kerja malam semalam. Dan bila balik jam 11 malam , dia belum tidur lagi..

" Tunggu daddy balik... ". katanya.

Alahai... Yang ni sorang lagi manja dengan aku. Lagi la perlukan sokongan aku bila melibatkan dia dalam apa apa jua acara atau aktiviti.. Hurm... 

Seperti kita, nampak seperti tidak perlukan mereka tapi dalam diam... mereka inilah yang menguatkan semangat kita untuk terus maju... Siapa mereka ? Kita saja yang tahu..

1 ulasan:

  1. saya suka baca tulisan ben cerita pasal anak-anak.. bagus. bercerita dari pengalaman sendiri

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.