Pre Event BioUsahawan 2019 di Ibis Hotel Kuala Lumpur






Pre event BioUsahawan 2019 yang dibuat di Hotel Ibis oleh Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd ( BioEconomy Corp ) , Jalan Yap Kuan Seng , baru baru ini , menyasarkan  pelaburan sebanyak RM 375 juta bagi sektor berasaskan bio yang mana akan melibatkan pelabur pelabur asaing khususnya syarikat syarikat dari Taiwan , India , Thailand ,Indonesia dan beberapa buah negara lagi.

BioUsahawan 2019 turut menyasarkan kehadiran pengunjung 10,000 pengunjung ke acara berkenaan yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 15hb Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Dr. Mohd Shuhaizam Mohd Zain , BioUsawahan 2019 menyediakan platform strategik kepada para usahawan tempatan , syarikat permulaan , perusahaan kecil dan sederhana untuk terlibat sama dalam aktiviti perdagangan selain mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka secara khususnya dalam sektor agro dan bio. 

Menerusi BioUsahawan ini juga diyakini mampu memacu pertumbuhan sektor pertanian dan asas tani negara selain menyumbang ke arah sasaran jualan bernilai RM900 juta terhadap industri pada tahun ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut hadir dalam Pre Event itu ialah Naib Presiden dan Pengurus Projek BioUsahawan 2019 , Encik A'zlan Abdul Kadir.

Kepercayaan pengguna tempatan terhadap produk berasaskan bio tempatan ,kajian yang dijalankan oleh Bioeconomy Corp baru baru ini menunjukkan bahawa 60% penduduk bandar telah membeli produk berasaskan bio tempatan. Beliau menjangka angka ini akan meningkat ke 80% dengan adanya inisiatif BioUsahawan 2019.

Menurut kajian tersebut , tiga kategori barangan berasaskan bio tempatan yang paling mungkin dibeli oleh pengguna adalah produk penjagaan diri , penjagaan kesihatan dan diikuti makanan dan minuman. Kualiti dan Keperluan adalah faktor utama bagi pemilihan tersebut.

Bagi syarikat syarikat atau usahawan yang berminat untuk menyertai atau nak mengetahui akan lebih lanjut mengenai BioUsahawan 2019 ni , boleh baca di Jom Sertai BioUsahawan 2019

5 ulasan:

  1. Usahawab jangan lepaskan peluang ni.. banyak tul peluang terbuka..

    BalasPadam
  2. Bagus ni. Terima kasih atas infonya

    BalasPadam
  3. Menarik sangat .. utk para usahawan tu jangan lupa sertai BioUsahawan 2019

    BalasPadam
  4. waaa.. ni baru tau ni pasal Bio Usahawan. Info yang bagus. Thanks Ben.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.