Jatuh cinta kembali dengan Levi's ! - BEN ASHAARI

Jatuh cinta kembali dengan Levi's !


Sebenarnya , aku dah tinggalka jenama ni lama dah ! Sejak sejak diorang dok giler keluarkan satu design tu hingga nak cecah ribuan ringgit , aku resign dari menjadi pengguna setia Levi's ! Kenapa Levi's ? Aku suka sungguh kainya. Selesa dan tahan lasak. 

Dulu aku minat cutting 521. Ramai main 501 masa tu tapi aku tak mampu nak beli pun. Hehee.. Sekarang pun tak mampu lagi. Maka aku beli mana yang termampu asalkan selesa. Aku takkan beli yang tiruan bab seluar ni. Kenapa ? Sebab seluar ni bagi aku , materialnya penting. Aku ni spesis mudah berpeluh dan jika berpeluh , atas bawah berpeluh ! Haaa... Paham paham je la kan ? Tak paham ? Jika pakaian kita guna material yang tak sesuai , ianya akan mengeluarkan bau yang.. hurm.. sendiri yang pakai pun tak selesa ! Levi's setakat ni sesuai sangat dengan aku. 

Terkini , aku sukankan material dan cutting 505 ! Strechable kata orang sekarang ni. Walaupun ramai dok gila pakai sendat sendat tapi aku tak sesuai gitu. Hahahah.. Bukan faktor umur tapi keselesaan. Ketika aku nak beli ni pun ada satu pakcik tu. Dia pun amik yang aku pilih ni cuma color hitam. Yang tu aku ada dah. Disebabkan aku beli yang hitam tu la aku jatuh cinta kembali.. Dan beli sepasang lagi. Hee.. Kali ni biru lusuh ni. 


Smart kan ? Cuma sayangnya... walaupun perut boroi aku dah hilang dan pinggang dah susut 2 inci , tapi panjang aku tetap sama. Nak tak nak kena amik size besar. Dan aku tak nak pakai singkat ! Hahahaha... aku suka panjang gelebeh gitu. Hee.. oldskol gitu.

Harga ? RM200++ . Setahun sekali ok la..

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.