Bermasalah dengan tulang belakang ? Segera dapatkan rawatan di Back In Motion Chiropractic Centre !

Pernah jatuh terduduk ? Memandu jauh kemudian sakit di bahagian pinggang ? Duduk terlalu lama terutama di pejabat kemudian tidak melakukan regangan ? Bersukan tapi badan rasa tak selesa terutama di pinggang ? Hurmm.. Yer.. aku pernah alami semua ni tapi tak rasa pun ianya memudaratkan sama sekali. Aku pandang ringan je semua masalah ni. Dan korang tahu kan yang mana cara duduk kita yang tak betul memberi kesan buruk pada tulang belakang kita ?

Bak kata orang tua tua.. Masa muda, kita takkan rasa semua sakit lagi. Tunggu la bila dah cecah 40an. Dan aku dah 43 tahun. Huhuhu.. Dan terasa dah ! Memandu jauh , pasti akan sakit pinggang dan belakang badan. Kemudian mintak la wife sapu minyak panas dan urut skit skit bagi melegakan sendi sendi yang terlibat. Huhuh... 

Dan baru baru ni, aku ke pusat Kiropraktik atau Chiropractic , Back In Motion di The Curve, Damansara. Aku ke sana hasil nasihat seorang kawan gym yang mana dia bermasalah dengan leher dia. Setelah mendapatkan rawatan kat sana , sakitnya tu ok dah. Aku lak , masalah di bahagian pinggang dan jugak lutut. Aku nak tau apa kata pakar kiropraktik tu sebelum dapatkan rawatan lebih lanjut. 

Jika kita ada masalah dengan tulang belakang , mood kita memang tidak stabil. Boleh jadi panas badan dan mudah melenting ! 


Pertama kali aku ke sana , aku kena buat regangan bersama dengan dia. Dia nak tengok apa masalah kita terlebih dahulu. Mampu bongkokkan badan atau tidak. Kemudian Dr. Wong ( pakar Kiropraktik berkelulusan dari Australia ) , akan minta kita lakukan beberapa lagi senaman untuk melihat masalah kita dan pastu baru dia buat pemeriksaan.

Rawatan pertama kali tu lebih pada memeriksa tulang belakang kita.. JANGAN PANDANG REMEH PADA TULANG BELAKANG YER ! Selepas pemeriksaan dilakukan , aku punya masalah pada sebelah kanan yang mana ianya memberi kesan pada lutut aku dan pinggang ! Huhuh.. Memang pun. Kemudian rawatan buat pertama kali di buat termasuk di bahagian leher. Ketika dia pegang leher tu, dia kata amat tegang ! Huhuh.. memang pun. Kemudian dia betulkan. Ya Allah... leganya rasa ! Terus hilang rasa marah , geram atau stress.. Lega sangat ! 

Kemudian aku diminta datang sekali lagi. Minggu berikutnya. Dan aku sanggup datang sebab ianya memberi kesan sangat pada badan aku. Hehehe... Gambar di bawah adalah rawatan pada minggu ke berikutnya.

Aku diminta baring. Tak perlu buka baju yer. Selesa je baring ni. 



Fuh... Sewaktu Doktor tekan bahagian belakang aku ni , dia punya rasa lega.. Sakit tu terasa tapi lega sangat. Macam dilepaskan segala yang terperangkap. Dr. Wong bagitau aku yang bahagian kanan aku ada masalah. Patut la aku rasa muscle di lengan belah kanan tu besar skit dari kiri sebab aku terlebih utamakan belah kanan.  Huhuh.. 

Aku memberitahu akan masalah di bahagian pinggul. Adakalanya bila aku nak duduk , akan terasa seperti kena elektrik. Sakit dibahagian situ. Dia tanya apakah aku pernah terjatuh terduduk. Yer ! Bahagian tu terluka dan dia cuba membuka aliran darah ke bahagian situ dan prosesnya bukan la sekali dua  kali je yer.. Sebab dah lama ! 

Pemeriksaan di bahagian bahu dan leher. MasyaAllah... sedap sungguh la rasanya selepas sehari dua dia betulkan otott leher aku ni. Nak gerakkan kepala ke kiri dan kanan pun tak rasa tersangkut dah. 

Dan bahagian pelipat kaki aku juga bermasalah. Ok , yang ni semua bermula dari bahagian belakang aku. Jika atas tak betul , bawah juga dapat kesannya. Ada perubahan selepas dirawat. Boleh dilipatkan berbanding sebelum ni. Nak lipat pun terasa sakit skit terutama bila nak duduk bersila. 

Alatan yang digunakan. 

Kemudian rawatan diakhiri dengan rawatan TENS yang bertujuan mengurangkan serta melegakan saraf bagi membolehkan aliran darah lebih lancar. Dipasangkan di bahagian belakang badan. Hehehe.. Best jer rasanya pastu. 10 minit jer. 



Rawatan tak lebih sejam pun. Dan sewaktu aku kat sana , setiap jam ada pesakit dan terdiri dari pelbagai bangsa ! Orang luar pun ada wooo ! Aku rasa sebab harga rawatan pun tak la mahal mana dan memberi kesan positif.  Harga rawatan buat pertama kali ( checking + treament ) ialah RM145 dan setiap kali rawatan ialah RM115.

Doktor turut ajar bagaimana nak buat regangan serta memberi khidmat nasihat pada kita . Macam kes aku , cara duduk ketika menonton tv atau buat kerja serta memandu kereta. Huhuh.. Minggu depan kena pegi lagi sebab masalah aku bukan sekali dua je kena buat rawatan. Badan sihat , nak buat kerja pun senang dan yang penting , emosi stabil !

Info Tambahan..


Kalau berminat , boleh hubungi terus mereka untuk buat booking. Jangan main terjah gitu jer.. 

Back In Motion Chiropractic Centre ,
Lot 218 , Level 2 , The Curve, 
Shopping Centre , Mutiara Damansara ,
Petaling Jaya , Selangor
Tel : 603 7729 2606
Web : www.backinmotion.com.my
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat ( 10 pagi - 7 malam )
Sabtu - Ahad ( 10 pagi - 1.40 petang )

Nota : Ini bukan rawatan letup letup tulang tu tau ! Hahahaha.. 

9 ulasan:

  1. Nampak mcm best je buat rawatan ni. Mesti hilang rasa sakit2 belakang tu

    BalasPadam
  2. Untuk perempuan boleh jugak ke buat rawatan sini ?

    BalasPadam
  3. Lain macam. Ingat tengah buat plank.

    Tapi begitulah, kesakitan nak dapat yang sesuai hilangkan sakit belakang.

    Aduh.

    BalasPadam
  4. Bagus eh.. ? Nak rekemen kat mama.

    BalasPadam
  5. Entry ni saya betul-betul suka, sebab saya pun dah lama ada masalah sakit belakang. Nak cakap pun tak tau camne, tapi setiap kali datang sakit, tuhan je yg tau camne. So, tqvm sharing info yg sangat bemanfaat ni👍🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  6. Baca pengalaman Aben pun boleh rasa kelegaan tu. Kalau dapat buat rawatan kat sini mesti best dpt hilangkan masalah ketegangan otot ni..

    BalasPadam
  7. Bahaya betul ada masalah tulang belakang ni, nasib aben cepat dapatkan rawatan.

    BalasPadam
  8. wah bagus ni..boleh syorkan ke pada husbnd..dia selalu duduk lama depan pc..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.