Memborong ketika jualan murah !

Selain keluarga tersayang , mak aku juga adalah pengguna setia produk Cosmoderm. Antara yang gemar dia guna ialah gel mandian. Dan wife adalah orang yang aku tugaskan untuk membeli produk produk yang digunakan harian seperti pencuci muka , body lotion serta produk produk orang perempuan. Aku punya cuma 3 barang jer. Yang lain wife punya atau aku bagi kat mak aku. Jangan beli untuk diri sendiri je kan ? Huhuhuh..

Pencuci muka dia , memang best ! Dapat cuci muka lepas workout atau keluar seharian , lega sungguh rasanya. Kalau tak , rasa kotor dan berkerak jer !


Hehehehe.. Pencuci muka , gel mandian dan juga scrub mandian antara barangan wajib beli tiap bulan. Alhamdulillah , aku tiada lagi masalah dengan muka berjerawat , berminyak , berdaki serta badan berjerawat. Duluuuuuu... memang menghantui aku !

Cosmoderm rajin buat promosi. Kena pantau Facebook dan Instagram mereka. Boleh dikatakan kerap buat jualan murah melalui online ni. Senang beli dan cepat dapat.. melainkan stok takda. Huhuhu.. Larisss gituuuu.. 

Baru baru ni mereka buat jualan murah sempena MyCyber Sale. Sememangnya tak dilepaskan peluang. Diskaun diberikan sehingga 60%. Naahhh..... aku suruh wife borong laaa. Apa lagi kan ? Takkan nak tunggu takda diskaun lak kan ? Hahahaha.. 


Dan bab ni memang kegemaran dia la.. Cerita banyak takda... terus on laptop dan beli. Tak susah pon prosedur beli secara online di www.cosmoderm.com.my ... 

Tu diaaa... sekali borong ! Lepas la 2 bulan ni. Aku memang pakai ari ari sebab tu cepat abis. Lagi pun murah , kan ? Menariknya , ada rakan rakan di Instagram pun dah terjebak sama dengan aku. Jadi pengguna setia Cosmoderm selepas mencubanya buat pertama kali terutama pencuci muka Tea Tree Oil. Ada perubahan positif selepas guna beberapa kali. Lega laaa aku sebab aku yang syorkan. Hahahah... 

Selepas MyCyber Sale ni , aku tak tau bila lagi ada jualan murah Cosmoderm ni. Setahu aku , diorang rajin buat promosi di Farmasi Farmasi berkaitan di lokasi lokasi terpilih. Pastu ada gak contest. Nahhh... rugi tak amik peluang ni. 

Bagi yang berminat nak mencuba produk ni , boleh jer cuba dapatkan terlebih dahulu khidmat nasihat mereka dengan ke lokasi promosi mereka. Sila follow Facebook dan Instagram Cosmoderm untuk pastikan tidak terlepas sebarang promosi terkini terutamanya jualan murah secara online ni ! 


Facebook : Cosmoderm
Instagram : Cosmoderm

15 ulasan:

  1. Produk Cosmoderm memang best.
    Nina & family pengguna Cosmoderm.
    Bila dah pakai memang tak pandang lain dah... . Paling best pencuci muka TTO dia. Efektif untuk muka yang berjerawat dan berminyak. Terbaik laaa Cosmoderm 👍👍

    BalasPadam
  2. Wowwww ada promosi. Suka dgn cosmoderm ni sbb mesra dgn keluarga.

    BalasPadam
  3. I sempat grab BB cream masa promo tu, 2 pcs RM25 ja...giler murah! Siap ajak kawan kawan opis join beli, share shipping cost hehe

    BalasPadam
  4. menarik tu.. nt nk cuba scrub badan plak. tgh tggu dia pnya deep heat skali

    BalasPadam
  5. huda pun suka dengan produk cosmoderm, syok yer ada sale! Jom borong!

    BalasPadam
  6. Tak pernah rasa tak berbaloi kau beli produk cosmoderm ni. Pencuci set penjagaan diri semestinya guna cosmoderm.

    BalasPadam
  7. Memang best borong waktu promosi, banyak jimat. Saya pun suka cosmoderm!

    BalasPadam
  8. Mmg perasan Cosmoderm ni suka buat sales..Banyak plak tu diskaun dia...Rugi x beli

    BalasPadam
  9. suka pakai cosmoderm gak..memang tunggu sale ni..hehee

    BalasPadam
  10. nak beli juga la. tengok shower cram tu dah ada ke belom sbb kt sini sllu tkde stock

    BalasPadam
  11. memang sekali pakai terus terjebak...

    BalasPadam
  12. waduh jadi mau aku beli ini hmmmm

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.