Bila larangan merokok di premis makanan tidak dipatuhi ! - BEN ASHAARI

Bila larangan merokok di premis makanan tidak dipatuhi !

Terkedu. Ada sekumpulan warga asing duduk makan. Mereka hanya makan dan berbual. Disebelah mereka , ada dua orang lelaki berbangsa Melayu. Berbual dan salah seorang , di jarinya terkepit la sebatang rokok yang masih bernyala dan sesekali dia menghisapnya.

Hurmm... Apakah dia terlalu ego untuk patuhi atau tak tahan nak merokok dah lalu melanggar peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan negara dia sendiri ? Nak pergi tegur kang , aku baru lepas workout. Kang terkeras lak kata kata. Maklumlah , adrenalin masih di tahap tertinggi. Eh , ke metabolisme ? Huhuh.. tak kisah la tapi rasanya tak perlu dah nak tegur sebab dah tau pun memang tak boleh merokok kan ? 


Baru baru ni pun ada gak la aku tegur kawan aku. Dia merokok walapun orang takde di situ. Aku bagitau , undang undang kita , kita kena patuhi. Kalau tak hormat , orang luar nanti lagi tak hormat. Kita sendiri nak marah nanti. Haa.. camana tu ? Nasib la ok sahabat tu. 

Ada yang kata.. ini undang undang kerajaan PH. Malas nak ikut. Apa la punya manusia. Ini kerajaan Malaysia punya undang undang. Apa susah sangat ke untuk berehat dari merokok seketika ? Ramadan boleh pulak eh ? Ke merokok gak ?

Satu je mau ingat... ini semua kebaikan untuk kita juga. Anak cucu akan datang akan menikmati gaya hidup yang sihat dan berkeyakinan. 

5 ulasan:

  1. betul tu.. mcm2 alasan.. padahal benda baik.

    BalasPadam
  2. btl sakit hati rasanya.. waktu new year ritu ada la client dari luar malaysia dtng even merokok pun still respect undang-undang kita tapi rakyat malaysia sndr harem.. tngh tapau nasi skli terbau rokok upe nengok srng mamat ni sdap je ngembus.. kerasa ati ko jang

    BalasPadam
  3. haritu kat t*****.Kedai kampong je.Rasa mcm nk pitam masuk kedai makan tu,geng motor duk berkumpul dlm kedai smbil borak2. Adeii,tuan kedai pula takot nak tegur,kot risau pasni takde org masuk kedai diaa

    BalasPadam
  4. saya pun bengang bila tengok lelaki hisap rokok kat kedai makan . huhu. Lelaki je ke? iyer, sejak larangan merokok di kedai makan dikuatkuasakan, nampak kaum lelaki je lah yang sering hisap rokok di kedai makan, mungkin kaum hawa hisap rokok kat dalam bilik stor kot

    BalasPadam
  5. Kadang2 diaorang ni kan dah terbiasa bila selesai makan nak merokok tak dan dan hingga terlupa amaran jangan merokok kat kedai makan . Tapi tu laa dah bagi amaran kena la ikut . Tak pepasal kan kena denda .

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.