Terima kasih atas perkhidmatan selama 8 tahun !
Sedih. Tapi itulah realitinya. Segalanya berakhir jua. Bukan dipinta atau memaksa namun itulah kesudahan yang tidak dipinta. Maafkan tuan mu ini. Pergorbanan selama ini , berhujan berpanas akhirnya ke 'butik' kitar semula. Berbakti hingga ke tulang temulang gitu !
Antara aksi yang jadi kenangan. Heee...
Tragedi yang tidak disangka. Ketika menolaknya waktu hujan lebat membasahi bumi , si dia turun menyembam ke bumi ! Memaksa aku mencari penganti baru yang perlu lebih gagah tapi murah dari dia ! Apakah ada ???
Kelam kabut mencari di malam hari ! Nasib baik ada kedai perabot bangla bukak lagi. Dan dapat la gak harga masuk akal. Nak mintak murah lagi, tak sampai hati lak. Aku ni bukan spesis kejam sampai orang lain nak dapat untung skit pon tak boleh. Huhuhuh... Kena berhati perut la gak kan ?
Dari RM150 dapat la RM130. Ikutkan boleh mintak RM100 jer tapi nanti dia lak tak berkomisien. Hahahah.. Sian tunggu pelanggan hingga malam hari.
Penyidai baju ni nampak gagah la gak. Warna coklat putih. Smart skit bila nak beraksi di hadapan kamera. Hahahaha... Cuma tertanya je la.. Mampu berkhidmat untuk berapa lama lak kali ni ? Huhuhu.. Sebab batang tu nampak tak sepower yang lama. Hurmm..
Gitulah kehidupan suri rumah. Segalanya kena pikir dengan pantas. Nasib baik aku dah pasang cip maps dan google dalam otak. Cepat skit cari alternatif. Kalau tidak , tergaru kepala camana nak sidai baju pagi tu ! Huhuuh..
7 comments
tempah kat welder je abg ben.. tahannnnn... kukuhhhhh..
BalasPadamheh wow lama tue
BalasPadamsaya punya penyidai baru 3 tahun huhu
BalasPadamfiza duk fikir sape ambik gambar aben ni.hahahaha
BalasPadamBetul berbanding keluaran yang dulu-dulu..kukuh besinya..sangat jauh beza dengan yang sekarang..bak kata jiran PC..sekarang menang harga..dulu menang kualiti..
BalasPadamtahn 8 tahun ..lama tu.. mesti bagus kualitinya.
BalasPadamSesungguhnya setiap yg ada dimuka bumi ini takkan kekal...cehh
BalasPadam