Berjaya hilangkan 20kg akhirnya aku ! - BEN ASHAARI

Berjaya hilangkan 20kg akhirnya aku !


Sejujurnya , aku terkejut. Aku ingatkan masih lagi dalam 85kg ke atas. Atau dalam lingkungan 90kg. Amatlah payah sebelum ni berat aku nak cecah 80kg. Berat tu zaman aku belajar je dulu. Kurus kering jer. Tak syok badan gitu. Tapi ramai lak awek minat. Eh.. hahahaa... 

Bila dah 43 tahun ni ( walaupun kelihatan 23 tahun ) , aku kena pastikan berat badan aku ikut BMI. Amatlah bahaya jika berat badan aku ni , dalam kategori obes. Huhuh.. Sejarah penyakit keluarga menakutkan. Bukan takut mati tapi tak nak susahkan ahli keluarga. 

Apa  yang aku lakukan ialah kawal pemakanan dan banyakkan workout. Teknik serta perubahan corak workout tu senantiasa aku lakukan untuk elakkan boring di gym. Heeeee.. Dan paling penting ialah sokongan si isteri di rumah ! Buat pengetahuan korang , aku melarang wife masak sedap sedap di rumah. Makanan di rumah hendaklah tiada garam dan juga gula ! Jika bancuh air panas seperti kopi atau teh , memang tiada gula diletakkan. Jika teringin sangat je la baru bubuh tu pun sekadar rasa.. 

Bukanlah target nak jadi Miss Universe pun ! Cuma perlu la kita tahu, badan ni kita ni pinjaman jer. Jagalah elok elok , semampu boleh. Jika boleh elakkan dari merosakkan , elakkan la. Kan ? Jika rosak sendiri susah ! Tapi kalau teringin , makan jer. Janganlah over je.. kan kan ? Heee..


Disamping menjaga kesihatan , dapat gak jaga kekemasan diri kan ? Tak nak la nampak asal cecah 40an jer , dah mula selekeh walhal kita tengok omputeh , 40 an tu la masa diorang makin macho ! Haaa.. kan kan ? Malu aih.. 

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..Tahniah..bukan mudah nak capai beratbadan ideal..besar cabarannya..untuk kesihatan dan keselesaan beribadah.

    BalasPadam
  2. gituhhh...baiklahhh..kene cut gula dan garam ni

    BalasPadam
  3. aduiiii part jgn masak sedap-sedap tu susah la hahahhaha....ok lah pasni jgn gi beli brg dapur,makan apa ada je hahahaha....kangg kalau bini ni pi pasar,memang menu sedap-sedap la setiap hari hahhaha aduiiii payahnyaaa la...

    BalasPadam
  4. Wahh Tahniah tahniah . Nak turunkan berat diusia ni hati kena kental . Bukan calang2 org blh buat . Ada yg separuh jalan dah berenti tak sanggup dan terlalu tergoda dengan makanan yang pelbagai jenis duk ulang alik kat depan mata .. hahaha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.