#PrayForPasirGudang , 13 buah sekolah terlibat - BEN ASHAARI

#PrayForPasirGudang , 13 buah sekolah terlibat

Inilah yang ditakuti sangat sejak dulu lagi. Sikap tamak haloba serta pentingkan diri sendiri menyebabkan insan insan lain menanggung derita. Sepatutnya hukuman hukuman untuk kes kes begini diperketatkan lagi. Denda saja tidak mencukupi. Perlu diberi pengajaran agar orang lain tidak berani melakukannya !

Terkini...  


Punca ... 





Kejadian itu dipercayai berpunca daripada pembuangan bahan kimia daripada sebuah lori tangki ke Sungai Kim Kim oleh pemilik kilang barangan lusuh dan seorang pekerjanya.  Ketika diserbu oleh pihak berkuasa , mereka merancang untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sekali lagi. Kilang tersebut pernah disita sebelum ini atas kes pencemaran alam sekitar.


Kesannya ... 






13 buah sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort , SK Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih .


Tindakan.. 




Semoga mereka yang terlibat , kembali sembuh dan moga Allah permudahkan segala urusan mereka yang telibat. Dan harap mereka yang bersalah tidak saja didenda kerana ini bukan pertama kali mereka melakukan kesalahan. Malah kali ini melibatkan nyawa insan insan lain . Bukan satu.. bukan dua ! 

Ikuti akhbar akhbar online untuk info info terkini. 

5 ulasan:

  1. Marah membuak buak bila baca kes ni..!! Setuju kena perketatkan lagi hukuman. Yang sedia ada ni perlu di rombak. Depa ni dah untung berjuta, sesuka hati akibatkan pencemaran. Skrang melibatkan banyak nyawa.

    BalasPadam
  2. Sedih tengok anak-anak sekolah yang kena tu.
    Tengok video dalam WhatsApp menitik air mata terbayang aanak sendiri.
    Semoga dipermudahkan urusan pihak-pihak berwajib di sana.

    BalasPadam
  3. Ya Allah..kasihannya yang tidak bersalah dan mendapat kesannya akibat perbuatan manusia yang tidak peduli ttg alam sekitar

    BalasPadam
  4. sangat tidak berhati perut..mmg perlu ambik tindakan tegas jgn bagi muka!

    BalasPadam
  5. Suruh je yang buang tu buat kerja pembersihan ni.. Bongok betul

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.