Analisis Bersama Finaz Yunus semakin panas ! Suplemen punya isu lak.

by - Jumaat, Mac 01, 2019


Satu tajuk yang wow ! Dua tajuk lepas dah mengundang pelbagai kontroversi. Yang ni pastinya lebih panasss..panasss.. panasss ! Pastinya aku selaku blogger picisan yang pernah berkali kali review produk produk suplemen kesihatan ni nak tau apa isunya kali ni dan apakah penyelesaiannya. Apakah benar bagus kesannya ??? Haaa.. ada ayat sambungan tapi tak pe la.. aku simpan untuk diri aku sendiri. Hee.. 

Seperti mana yang netizen tau , Dr. Rafidah ni cukup lantang mengkritik bab bab gini haa.. Dan kehadirannya untuk segmen kali ni dikatakan atas permintaan ramai.. 


Semakin ramai rakyat Malaysia bermasalah dengan buah pinggang. Tapi sayangnya , masih ramai tidak mempedulikannya. Bab penjagaan makanan , main belasah jer. Asal sedap , bertambah. Biasa la kan... Tunggu doktor umumkan , baru nak tepuk dahi. Ketika tu mulalah menyesal. Dan bagusnya , masih lagi mencari produk produk bertujuan untuk mengubati sakit buah pinggangnya tu. Hurm.. entah la. Dah teruk nanti baru nak gi berubat di hospital. 


Aku tak nak melebih lebih la dalam hal ni. Tunggu malam ni untuk kupas isu ni. Harap ada penyelesaian dan yang penting ianya mampu menyedarkan pengguna mengenai betapa pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan terutamanya organ dalaman. 

Kalau tanya aku la.. apa yang aku amalkan untuk jaga kesihatan maka jawapannya aku mudah jer. Aku amik minyak Zaitun Al - Ard setiap pagi dan malam dan juga Habbatus Sauda. Sesekali aku amik madu kelulut. Kalau ada minyak ikan , lagi bagus. Huhuhu.. Takda la pulak. Selebihnya , aku banyak ke gym kasi berpeluh. Sado tu bonus la.. Huhu..


Sebelum layan Analysis , boleh layan dulu tips tips kelebihan minyak zaitun ni bersama Dr.Norman Mohd Norawi . Boleh dengar secara live di : 

Ikuti LIVE di Facebook Page: https://www.facebook.com/bernamaradio/





You May Also Like

0 comments