Minyak zaitun berkualiti tinggi , pilihan aku sekarang !

by - Selasa, Januari 15, 2019

Dulu aku tak kisah pun semua ni. Rasa badan dah cukup dengan pelbagai vitamin, kalsium , zat zat yang diperlukan di dalam badan sebab aku macam macam macam ! Haaaa.. dah cecah 40 ++ ni, baru terasa masalah sana sini. 

Betullah kata orang tua yakni bila usia dah masuk 40 tahun , barulah nampak segalanya. Dan paling utama kena rajin buat medical check up ! Huhuh.. Aku mula terhegeh cari makanan tambahan yang disyorkan. Tapi yang dah lama aku amalkan ialah Habbatus sauda. Minyak zaitun , baru lagi. 

Kepercayaan bagus minyak zaitun ni bila aku amik sesudu ari tu. Masalah sakit lutut aku terasa seperti takda lagi dah ! Haaa.. sebelum ni asyik berbunyi jer. Pastu sesekali macam nak 'lari' je lutut tu. Hahahaa.. sakit wooo ! Tapi syok. 

Lepas aku amik.. ok ! Fuh, siap boleh layan dah petang petang main badminton dengan anak dan  ke gym tanpa knee guard ! 

 
Sebelum ni aku tak tau langsung pasal keistimewaan minyak zaitun ni. Aku ingatkan sama. Tapi selepas dicerita mengenainya oleh seorang rakan yang juga telah 'berilmu' mengenainya di negara luar bertahun lamanya , barulah aku faham. Pilih yang dalam botol hitam dan info mengenai produk tersebut. 






Dalam kes ni , aku amik Al'Ard Premium Organic Palestinian Extra  Virgin Olive Oil. Disebabkan aku ada tekanan darah tinggi dan usia 40 an , ini yang sesuai untuk aku. Yer , sesuai ! Malah isteri serta mak aku pun mengamalkan pengambilan setiap hari.. pagi dan malam ! 

Bukan Minyak Zaitun saja tauuu ! Malah Habbatus Sauda dalam bentuk minyak juga menjadi pilihan aku  malah Qhaliff pun turut mengambilnya. 


Apakah kelebihan kedua dua produk ni ? Apakah keistimewaannya ? 

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.

Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.

Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.

Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).

Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.

Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.

Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.

Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.

Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.

Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.

Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.

Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi­nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).

Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.

Sumber - Harian Metro 


Dapatkan yang 'selamat' ! Banyak produk di luar sana tapi... haa , kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh ke :

Facebook : https://www.facebook.com/alardmalaysiaHQ/
web : www.alard.my
Whatsapp : 013 683 5570

You May Also Like

2 comments