Apa ? Qhaliff dah ada kelas tambahan ?

" Daddy , nak gi kelas KAFA.. boleh tak ? ". Tanya Qhaliff.

Aku pandang dia. Sian. Aku tak amik kelas KAFA lagi untuk dia sebab nak tengok camana dia punya jadual tahun 1 ni. Aku tak nak bebankan dia lagi dengan pelbagai kelas hingga ke petang hari. Nanti kerja rumah pun banyak , dia gak yang pening kepala. 

Dan 2 minggu berlalu , Qhaliff banyak masa lapang terutama sebelah petang. Dia kebosanan. Aku mula garu kepala. Apa nak dibuat dengan mamat ni eh ? Maka aku mula mencari kelas kelas yang bersesuaian untuk dia. Samada kelas skill ataupun kelas seangkatan dengannya. 

Aku jumpa beberapa kelas yang sesuai dengannya. Harga pun ok... Satu demi satu aku hubungi. Alhamdulillah , aku dah bawa ke 2 kelas. Dua dua Qhaliff suka sangat. Yang satu ni , di luar jangkaan aku sama sekali. Tak sangka dia suka sangat kelas ni dan baru nampak bakat dia. Selama ni nampak macam lembik rupanya tidak !!! 


Aku tak bercadang nak cerita atau update dalam blog mengenai kelas tambahan yang diambil. Biarlah rahsia dan aku nak dia enjoy dengan apa yang dia buat. Tiada paksaan sama sekali. Aku punya part , aku bayar setiap bulan. Huhuhuh... 

Pasni cari kelas untuk Zahra lak. Aku nampak bakat dia dengan pensil...

7 ulasan:

  1. tahniah qhaliff. zara mungkin boleh ambik art class

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..terus bersemangat Qhaliff dan Zahra.Next Aariz pulak..

    BalasPadam
  3. utk zahra, g cari kelas mewarna atau main piano. hehehe

    BalasPadam
  4. kadang perlu juga privacy untuk anak-anak.

    BalasPadam
  5. semoga cemerlang dalam akademik..

    BalasPadam
  6. Thanks for providing such a great Information, you can see

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.