Termenung seketika aku !


" Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, ibu pengasuh kanak-kanak itu, Che Jah Yaacob, 54 tahun, cuba mengalih kedudukan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di luar ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Katanya, ketika mengundurkan kenderaan itu, ibu pengasuhnya tidak menyedari kanak-kanak itu berjalan keluar dan berada di luar rumah.

Ketika kejadian, pengasuh yang berusia 20 tahun itu berada di dalam rumah dan juga tidak menyedari kanak-kanak itu keluar.

Mohd Taufik berkata, selepas perlanggaran itu, pengasuh itu bergegas dan melihat Aamina Inayah terbaring dan menangis. " - Astro  Awani 

Termenung ! Kecuaian sememangnya akan berlaku pada sesiapa saja. Tak kira la sapa jaga sekali pun. Ianya boleh berlaku sekelip mata jer ! Aku tak nak ulas pasal kemalangan tu. Cuma nak kita , sama sama ingat.. anak kecil kita sedang menjelajah dunia dia. Kita kena alert , kena waspada 200%. Di tangannya , sekitarnya . Jika nak keluar rumah , pastikan si kecil di letakkan di tempat yang selamat. 

Contoh..


Sama sama kita tingkatkan keselamatan untuk mereka. Aku tak jual tau.. Ni aku google jer. Jumpa sebagai contoh.

6 ulasan:

  1. Ataupun, pintunya takde grill ke?
    Aku dulu masa duk rumah sewa takde grill, tapi bila nak buang sampai keluar, tutup pintu tu, anak menangis-nangis lantakkanlah, dari menangis kemudian hari ..
    Memang kecuaian !!!

    BalasPadam
  2. takut dengar kejadian mcm ni..

    BalasPadam
  3. betul. kita as parents atau pengasuh atau penjaga kena perhati je anak kecil kita 24 jam, tak boleh alpa walaupun seketika.. huhu.. Innalillah. Takziah pada keluarga mangsa

    BalasPadam
  4. setuju part alik kenderaan nie mmg paling banyak kes berlaku kemalangan dekat rumah..sedihnya

    BalasPadam
  5. hurm.. sian wooo kalu jd gini..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.