Qhaliff Iman seronok di Al Baghdadi ! - BEN ASHAARI

Qhaliff Iman seronok di Al Baghdadi !

Sewaktu nak daftar ari tu , dia tak nak. Tapi bila dah cuba belajar , dia tertarik. Terus dia tak sabar nak masuk. Yuran sebulan cuma RM100 jer. Seminggu sekali dan dua jam untuk satu sessi. Buku dan alatan semua percuma. Ok la untuk dia. Zahra nak tapi diorang tak boleh 'sekandang'. Hancur rumah tu nanti.

Semalam sesi pertama dia. Satu keluarga gi hantar dia. Ikutkan aku je antar pastu leh gi gym tapi disebabkan aku tak sihat , dan wife teringin nak makan bakso sedap kat area gym tu maka semua diangkutnya aku.


Sampai je rumah ustaz , tak sabar dia nak masuk. Dia orang pertama sampai. Pastu aku pun gerak dari situ. Pergh.. tak setitis air mata pun ! Suka sungguh la dia. Tak sabar nak dengar cerita dia. Ustaz yang mengajar tu , guru agama juga di sebuah sekolah di Putrajaya. Sangat mesra dan peramah. Rumah dia memang dibuat khas untuk mengajar. Alhamdulillah.. Bijak manfaatkan peluang yang ada. Oh ya.. selain kanak kanak, orang dewasa pun ada dia ajar. 

Jam 10 malam. Gi jemput dia . Padahal 9.30 malam dah ada kat situ. Hahahaa.. Dah abis pusing semua tempat. Kedengaran budak budak ketawa riang di dalam rumah tu. Suara Qhaliff jelas kedengaran. Amboiii.... 

Dan mereka keluar dari situ..Dia turut berlari keluar. Gembira. Aku menyorok. Dia tercari cari. Kawan kawan dia , dah ada yang jemput. Dia kaget ! Hahaha.. Aku panggil dia..

" Qhaliff..".  Terus dia berlari kat aku. 

" Besstt ! ". Katanya. Ustaz tu pun datang ke arah aku. Dia bagitau Qhaliff mudah tangkap. Alhamdulillah.. Aku tau dan sebab tu aku syorkan dia Al Baghdadi.  Moga selepas ni , di dalam kelas  sekolah , dia lebih mudah nak tumpu perhatian. 

" Mana lagi best ? Tadika ke ? Sekolah atau Al Baghdadi ? ". Tanya mak dia.

"Al Baghdadi la best. Ustaz panggil Qhaliff , Detektif Qhaliff. ". Ketawa besar dia. Tak sabar nak pergi kelas lagi.. 

4 ulasan:

  1. Persekitaran yang boleh menarik perhatian itu penting.Alhamdulillah.Moga bukan sahaja menjadi pencinta Allah SWT..Qhalif juga menjadi pencinta ilmu.Syabas.

    BalasPadam
  2. nampak qhaliff cepat tangkap belajar,mudah berkawan,good boy.

    BalasPadam
  3. terbaek.. semoga dipermudahkan urusan menuntut ilmu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.