Siapa sangka bermula dari blogger , akhirnya mempunyai..

by - Jumaat, November 20, 2020



Segalanya bermula dari Fam Trip ke Seremban. Aku kenal kawan aku ni di situ. Memula menyampah la tengok dia sebab dia tak 'nampak' aku pun. Awek awek je dia nampak ! Haahhaha.. Tapi tak pe.. aku dah biasa semua ni ketika join Fam Trip. Kita kena pandai bawak diri dan menyelit bersama mereka.

Alhamdulillah.. aku berjaya la menempatkan diri aku bersama grup ! Hahahaha...Dan aku mula berkawan baik dengan kawan aku ni.. Mr.Nash atau Nasaruddin. Dia punya cerita memang gempak la pada mulanya. Sembang kencang abis ! Aku pun , ha kan je la ! Hahahaha.. 

Tapi rupanya dia ni bukan sembang kosong punya orang la. Banyak perancangan masa hadapan dalam kepala dia. Aku ni lak , jenis malas nak pikir dan buat ! Hahahaha.. Dan segalanyaa menjadi realiti bila dia ajak aku ke trip medical kelolaannya. Trip education dari pelajar pelajar kejururawatan dari Indonesia.  

Seronok kendalikan trip ni rupanya. Banyak benda baru aku belajar. Dan ternyata satu kepuasan bila mana pelanggan kita melemparkan senyuman dan berkata.. " Tak sabar nak kembali ke Malaysia lagi. Mr. Nash dan Ben nanti bawa kami pusing pusing Malaysia pula yer... " 

Dari situ timbul perancangan sahabat aku ni untuk buka syarikat pelancongan domestik. Dia ajak aku join dia. Aku cam.. adoi laa.. boleh ke nak kasi komitmen ? Aku ni malas nak terikat dengan MASA sebab aku nak besarkan anak anak je sekarang ni.. 

Melihat pada kesungguhan dia.. aku pun setuju je la. Tapi kata aku, biarlah aku sebagai 'pembantu' jer.. Dia faham maksud aku tu. Part aku membantu dia dari sudut promosi melalui media sosial memandangkan aku berpengalaman dalam dunia media sosial berbanding dia. 

Alhamdulillah.. ketika PKP , dia uruskan segala dokumentas dan akhirnya dapat juga lesen.  Projek projek tersusun rapi. Alhamdulillah.. Hanya menanti masa mengizinkan saja. 

Plan kami ialah nak naikkan produk produk adventure tempatan yang mana sangat menarik untuk diterokai. Doakan kejayaan kami. 

 

You May Also Like

18 comments

  1. Tahniah en. Ben.. Lokasi opisnya dah dekat ngan kampung saya.. Hehehe..

    BalasPadam
  2. best of luck aben dan nash. semoga murah rezeki selalu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Tahniah Ben, semoga bertambah sukses lagi dan business berkembang maju..

    BalasPadam
  4. Wow! kek Pilahdhelphia dah ado agensi pelancongan.
    Semoga bertambah maju jaya.

    BalasPadam
  5. Bestnya ada company sendiri... Tapi i'm not business minded person.

    BalasPadam
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaamin.

    BalasPadam
  7. Aamiin..aamiin..aamiin. Moga Allah lancarkan semuanya.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Semoga terus maju abg ben

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus success

    BalasPadam
  10. Laaa kek pilah kooo. Dokek yoo ngn kita haa. Pape pun tahniah ben. Semoga terus maju jaya.

    BalasPadam
  11. tahniah abang BEN, semoga terus maju dan sukses

    BalasPadam