" Maaf bang , masak ni je ari ni ! " kata wife..

by - November 11, 2020


Hari ni wife BDR .. bekerja dari rumah jer. Alhamdulillah.. aku dapat lari ke gym ! Aku kalau tak gi gym , nafsu makan aku melonjak naik Asyik nak makan jer... Lapar tak kenal masa. Bahaya tul ! Kalau petang petang nak berlari tu, memang tak mampu la. Anak anak ikut sama. Nak lari camana, kan ? Huhuh.. 

Wife buntu nak masak apa hari ni. Bukan sebab takda idea tapi anak-anak tu haa..terutama Qhaliff yang memilih makan ! Memang aku marah sangat kat dia bab ni. Payah benar nak makan. Bukan nak makan yang sedap tapi nak yang keras ! Lembik lembik taknak. Hahaha.. Zahra, takda masalah bab ni. Aariz ?  Ni kena pujuk dan rasuah dengan barangan.. baru nak jalan ! Kalau mee berkuah, dia nak la sangat. 

Maka masaklah si isteri dengan menu simple jer. Sambal telur, sayur peria dengan ikan goreng. Rasa bersalah dia nak hidangkan pada aku. Senyum je aku. Kata aku... arwah ayah dah ajar kitorang dari kecil.. Makan je apa yang ada atas meja. Jangan banyak bunyik ! Nak makan sedap, nanti dah kerja... beli dan masak la apa korang nak makan ! Huhuh.. Betul kan ?

Aku tak kisah pun.. sebenarnya aku lagi suka makan simple simple ni. Tak serabut. Sesekali makan berhias tu , ok la kan ? Makan kat luar gitu... haa, baru terasa nikmat.. kan kan? Kalau selalu makan sedap.. satu hari nanti tak berkemampuan macam tu dah , camana ? Hurmm.. 

Ala kadar.. makan untuk hidup ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Setuju, makan apa yang ada. Saya paling suka makan nasi, budu n keropok goreng. 😋😋

    BalasPadam
  2. Yang ringkas itu lazimnya lagi mencabar nafsu makan.

    BalasPadam
  3. betul tu..anak2 sllu marah diorg klu bab memilih mkann ni..sllu ckp ada org lebih susah dengan kita..kena bersyukur apa yg ada

    BalasPadam
  4. budak budak mmg memilih makan , anak saudara saya pun tak boleh pedas sikit . saya pun apa lagi pamsa suap baru mau .

    betul tu makanan simple lagi rasa mcm nak tambah tambah

    BalasPadam