Mereka meng'idola' kita secara senyap !

by - Selasa, November 17, 2020


Sekolah , lama lagi nak buka. Anak anak di rumah. Sang ibu pening kepala nak masak untuk anak anak. Abis resepi dah digeledah dan juga dicipta. Akhirnya , makan je yang senang dimasak. Asal diorang makan dah la.. Nak lagi mudah.. order jer ! Nanti sampai laa.. Atau gi keluar , tapau bawak balik rumah.

Hurm.. Tak kisah la nak makan apa pun tapi yang penting kandungan pada makanan tu. Nutrisi dan juga khasiat. Kalau beli kat luar , payah nak jumpa yang benar benar 'berkualiti'. Sedap tu dah tentu tapi.. hurm.. kita sedia maklumlah kan ? Sesekali ok la layan. 

Tapi hari hari kalu ? Sian anak anak kita.. Berapa ramai kanak kanak di Malaysia ni yang bermasalah dengan fizikal mereka ? Hurm.. Dari kecil dah dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Kononnya biar mereka menikmati kehidupan. Nanti dah besar , diet la ! Kan ? Tapi bagaimana pergaulan mereka bersama rakan rakan yang lain ? Mesti malu dek kena perli bagai, kan ? Atau ada yang dah dapat gelaran yang tak sedap didengar.

Kasihani mereka... anak anak kita.

Tadi aku gi jumpa adik aku jap kat rumah dia. Terkejut aku tengok anak dia. Dulu berisi abis. Tapi sejak Covid 19 ni, dia dah mula mengecut. Masa dia kecil , aku rajin la bawak gi gym. Bersenam dan aku dedahkan dia dengan mesin mesin yang ada.

Alhamdulillah.. dia rajin bersukan. Tiap petang berbasikal atau main badminton. Ikut perangai aku tu ! Rutin kehidupan budak flat. Huhuh.. Dia pun suka nak bikin badan kat gym tapi belum masanya lagi la. Tunggu besar skit lagi.. Huhuh.. 

Kesimpulan... anak anak yang rapat dengan kita ni, memerhati kita. Apa kita makan.. apa kita buat.. apa kita pakai... mereka mencontohi kita.. Dan secara tidak langsung , kita kena jaga juga lifestyle kita.  Bagus la kan ? Huhuh.. 




Dan di musim PKPB ni, tolong jaga pemakanan kita. Nak beli yang dijual tu ok... tapi tengok juga kandungan...gula garam , minyak dan lemak. Harga sebuah kesihatan sangatlah mahal. Dan yang menjual pun, tolong juga bertanggungjawab. Jangan asal laku dan laris , dah ! Sian kawan kawan kita tu.. 

You May Also Like

0 comments