Ni semua salah Gegar Vaganza !

by - November 23, 2020



Minggu ni punya konsert ok ok je la bagi aku. Dah boleh jangka sapa keluar. Macam aku kata la sebelum ni.. yang popular dan ramai peminat akan ke final. Tu jer..Dah boleh baca cara buat duit Astro ni.. Huhuh.. kena pulak dengan situasi sekarang ni. Nak main kontroversi , sangatlah berisiko. Huhuh.. 

Tapi tu bukanlah isu dalam entri aku kali ni. Yang isunya ialah babak babak artis kena jawab soalan dengan jujur atau mereka akan terkena renjatan elektrik ! Hahahaha... Adoi laa... Si Qhaliff boleh pulak tengok babak ni dan bersuara.. 

" Ibu.. kita beli alat pengesan kejujuran ni nak tak ? Kita test kat daddy ! " aku jeling kat Qhaliff. Amboi amboi.. boleh pulak dia nak test kat bapak dia. Sesedap rasa jer.. Tapi ada jual ke ? Macam menarik jer.. Huhuhu..

Aku terus bukak Lazada.. Eh ada.. Tiba tiba ada suara di belakang aku.. 

" Ibu.. kat Lazada ada jual. Beli la ibu. Kita buat kat daddy ! " jerit Qhaliff..  Haish.. budak ni ! Nak tidur luar rumah ke malam ni ???

Wife pandang aku semacam. Sengih. Tengok apa ????? 
 

You May Also Like

4 comments