Cara mudah hilangkan perut buncit!

by - November 19, 2020




Status kawan kawan kita di Facebook , sebenarnya banyak ilmunya. Jika kita membaca dengan hati yang terbuka , kita akan dapat fahami apakah mesej yang nak disampaikan. Mungkin dia sendiri pun tak sedar akan mesej 'tersembunyi' tu tapi kita yang kena bijak memikir dengan rasa positif. 

Beberapa hari lalu, aku terbaca satu status kawan di Facebook. Sebenarnya aku tau lama dah tapi terlupa ! Patutlah perut aku payah nak hilang boroinya walaupun dah buat macam macam cara. Rupa rupanya, aku buat satu kesalahan yang tak patut aku buat sama sekali ! 

Nak tau apa ? Hee.. 

Jangan minum air terus selepas makan atau bila makan , disulami dengan air ! Nah.. inilah punca kepada masalah buncit perut ! Selepas membaca status tu, terus aku amalkan. Selepas makan, tak kira la makan pagi tengahari atau malam.. aku tak minum air terus. Aku biarkan dalam sejam dulu, baru minum air suam. Air sejuk pun aku elakkan dah. Melainkan benar benar dahaga dan teringin. Huhuh.. 

Baru lakukan 3 hari.. dan kesannya sangat ketara terutama di bahagian tepi perut yang selalu lembik semacam tu.. atau bahasa omputehnya Love Handles.. Tau kan ? Haaa.. part ni memang cukup benci la bila pakai baju. Nampak la lemak terkeluar keluar ! Huhuh.. Tak kemas jadinya. 




Dalam musim PKPB ni , kita lakukan di rumah je senaman ringkas. Ada banyak senaman di tunjukkan di Instagram dan Youtube. Tak perlu alatan pun. Manfaatkan apa saja yang ada di dalam rumah tu. Asalkan ada berlaku pembakaran kalori , pergerakkan otot dan sendi yang betul.. cukup dah ! 

Amalkan... bukan saja perut kembali comel tapi ianya juga satu petua untuk awet muda. Tak perlu mekap tebal-tebal untuk cover muka tua kita tu.. Huhuhu... 

Oh ya.. semua ni takkan terjadi juga jika kita tak jaga pemakanan kita.  Semoga bermanfaat. 


You May Also Like

6 comments

  1. Setuju..!! Memang ada perubahan bila lambat kan minum air dan tak minum air sejuk. Paling efektif elakkan air manis . Hok ni Nina payah nak a tinggal kan favorite coffee latte. 🙈😂😂

    BalasPadam
  2. Love Handles ye namanya..ilmu baru ni..

    BalasPadam
  3. Minum air kosong sebelum makan.

    Lepas makan takyah minum apa dah.

    BalasPadam
  4. Husbnd memg ajar jangan minum air masa makan. Tapi tak tau pulak kene tunggu sejam. Ehheh

    BalasPadam