Saman RM1ribu jika tak scan MySejahtera ketika isi minyak ? Biar betul ??

by - November 10, 2020


Terkejut gak aku baca ! Takkan kot ? Aku selalu je isi petrol. Siap ada je kereta peronda di sebelah turut sama isi petrol tapi takda la pulak kena tegur ! Yelah.. aku pakai je face mask ketika isi petrol. Cuma aku tak de la masuk ke dalam premis  stesen minyak tu. Sekadar guna pam jer. Jika masuk , memang la aku scan punya. Kalau tak , buta buta jer terbang 1 ribu. Huhuh.. 

Kenyataan bercanggah di antara PDRM dan MKN. Mana satu nak ikut ni ? Kita pun sedia maklum, SOP Covid 19 ni senantiasa U TURN. Bak kata orang sekarang.. " diorang ni takda grup whatsapp ke ? "... gitulah... 

Tapi naya je la kalau kena ikut PDRM. Kita nak cepatkan masa ketika di stesen minyak. Kalau nak keluarkan phone pastu nak scan di depan mesin pam petrol tu, bahaya woiii ! Dah satu lagi kesalahan. Guna telefon pintar ! Haa.. Kalau nak ke pintu masuk kedai, naya la nak beratur panjang. Adoiyai... 


Rakyat dah keliru banyak perkara. Tambah satu lagi ni.. makin pening dan stress !!! Dengan keadaan begini, makin pulak ditekan suruh bayar denda itu ini.. Tapi kat YB YB , takda la pulak nak ditekan tekan eh ?

Kena adil la juga yer.. 

Terkini : 



 

You May Also Like

0 comments