LG punya mesin basuh memang terbaik ahhh !!

by - Selasa, November 24, 2020

Di SenHeng , wife bagi aku beberapa pilihan jenama mesin basuh. Aku saja suruh dia pergi sorang diri. Kasi dia pilih ikut mana dia suka tanpa gangguan aku ! Huhuhu. Aku tau.. mesti perempuan suka diberi pelepasan begini kan ? Hahaha.. Tapi bab bab gini, adalah sukar untuk membuat keputusan. 

Awalnya.. dia nak amik siap sekali dengan dryer. Tapi aku tak nak. Hahaha.. Kalau dia amik sekali dengan dryer, camana aku nak berposing ketika menyidai ?? Dah takda bahan untuk dapat LIKE yang beratus dari teman teman seberang tu.. Hahahaha.. 

Akhirnya keputusan dia buat.. Aku ok jer. Dan sehari jer , barang sampai rumah selepas membuat bayaran. Harga, aku kata terserah pada dia. Huhuh.. Tapi aku kata aku nak LG saja. Jenama lain , tak nak. Aku lebih yakin dengan LG sebab aku ada dua pasang smart tv jenama LG di rumah.Usia dah lebih 7 tahun. Dan masih elok hingga ke hari ini. TV Sony yang aku ada sebelum tu, rosak dah. Tak lama pun. 2 tahun je guna. Huhuh.. 

Dan sampailah mesin basuh tu ke rumah aku , petang tadi. Teruja wife aku walaupun dia di pejabat. Aku yang sambut orang SenHeng datang. Cepat diorang buata kerja. Pasang dan bawa balik. Tapi aku mintak tolong bawakan mesin basuh aku tu. Buang ke tempat yang dibenarkan. Katanya ada stor untuk barangan elektrik tu Aku kasi la upah kat diorang. Huhuh.. Aku tak suka orang buat kerja kosong. 









Kelebihan mesin basuh LG ni ? Ada banyak. Ada Smart Laundry yang boleh dikawal dengan menggunakan WiFi. Bagi mereka yang amik kisah mengenai bil elektrik mereka, bolehlah download aplikasi ni. 

Eh.. banyak lagi la kelebihan dia. Korang boleh baca dan tengok sendiri di SINI. Confirm puashati. Pakaian yang dibasuh pun , lebih bersih berbanding sebelum ni. Dah test cucian pertama. Leganya telinga. Takda dah bunyi mesin basuh bergaduh dengan pakaian ! 

Pasni.. peti ais lak ! Hahahaha..


You May Also Like

2 comments

  1. fuh bestnya... besar tu , blh basuh toto juga

    BalasPadam
  2. tengok abg ben beli ni rasa teringin pulak nak tukar yang baru.. mesin auto kat rumah ni dari belum kawin sampai anak darjah 3 dah ni... hari2 bergaduh dengan kain... hihihi... tapi tak minat sangat brand LG

    BalasPadam