Belanjawan 2021 : Apa yang anda harapkan ?

by - November 06, 2020


Aku percaya , ramai tak sabar nak tunggu petang karang. Kan ? Aku pun camtu la. Dan pastinya belanjawan kali ni adalah paling mencabar buat negara kita. Di kala dunia sedang bermasalah dengan Covid 19 dan krisis ekonomi. 

Ramai dah kehilangan pekerjaan. Gaji dipotong. Nak meniaga pun , yang mampu membeli pun tak ramai. Masing masing lebih pada nak menyimpan di kala kecemasan nanti. Beli barang keperluan yang lebih penting. Melainkan ada yang gajinya 3 bulan belum diusik, masa ni boleh la nak beli barang barnag yang dijual dengan harga murah.

Ok.. kalau tanya aku , jawapan aku sama cam korang la.. Nak lanjutan moratorium ! Bukan apa.. memang aku pun antara mereka yang terkesan disebabkan keadaan sekarang. Projek blog berbayar pun sangkut.. ada yang kena potong bayaran elaun.. Maka hutang hutang besar pun memang perit la nak bayar. Bukan tak leh tapi dah kena kacau duit simpanan. Hurm.. 

Aku cuma bernasib baik wife kerja kerajaan. Bayangkan mereka yang lain... laki bini kerja swasta. Apa yang merisaukan aku bukanlah ada nanti rakyat Malaysia yang tak dapat makan tapi risau ada yang mula tolak tepi undang undang untuk teruskan kehidupan. Tak fikir dah diri sendiri. Fikir anak bini di rumah tak makan ! Maka mudahlah hilang arah haluan dan buat kerja salah ! 

Yang lain tu, jika kerajaan nak beri.. itu adalah sangat dihargai ! Apa pun.. kita tunggu je petang ni. Aku nak gi gym pun takda mood. Huhuhu... 

You May Also Like

1 comments

  1. Ya..betul tu, Bro..keadaan sekarang memungkinkan sebarang kemungkinan sekiranya tidak dapat ditangani dengan baik. Pelanjutan Moratorium sangat diharapkan oleh semua.

    BalasPadam