Aku pilih A sebab..

by - Isnin, November 23, 2020


 A ! Bukan sebab kalut tapi pengalaman aku sendiri berdepan dengan saat saat yang mendebarkan. Huhuh.. Pertama , masih aku teringat lagi ketika tu.. petrol tinggal 2 bar. Aku dalam bandar je. Maka tak kisah la sangat. Ada banyak stesen minyak. Dan plan nak berhenti dalam perjalanan pulang dari rumah mak aku ke Putrajaya, ketika tu. 

Sekali.. amik kau !!! Hujan turun dengan lebat sangat. Sungai Besi dan Balakong ketika tu naik air. Banjir ! Dan jalan jammed. Aku berada di situ ! Petrol dah tinggal satu bar ! Nak syok lagi.. ketika tu aku dengan Qhaliff yang masih baby

Aku punya perasaan gementar ketika tu.. Allah je tahu ! Takut mati tengah jalan ketika hujan lebat dan air sedang naik. Dengan anak sekali ! Cukup menginsafkan situasi tu. Memang serik dah nak buat perangai macam ni.. Huhhu..

Kedua.. ketika tu nak balik Kelantan. Ikut lebuhraya baru. Petrol dah kurang dari setengah tangki. Malam. Cadangnya nak berhenti di RNR je untuk isi petrol. Redah je la. Dan nak dijadikan cerita.. highway baru ! Tiada stesen minyak lagi dibuka. RNR pun baru nak buat. Huhuhu.. Aku ingatkan semua dah ada. Amik kaauuu ! Aku terpaksa cari jalan keluar ke bandar berdekatan untuk isi petrol. Tengah malam , di kawasan yang aku tak tau pulak tu. Memang berpeluh la ketiak. 

Kedua dua pengalaman ni aku sering ingatkan pada wife. Dia keluar gi kerja, jangan sesekali biarkan petrol di 'red zone' ! Kenapa ? Laluan rumah aku ni , petrol station takda. Dan pulak , bila berlaku kemalangan, nak keluar dari situ memang mintak maaf la nak oiiii ! Tak dapek nak ditolong. Maka elakkan la dari buat perangai isi petrol last minit ni.. Nasihat aku pada wife ! 

Dan satu lagi... bila malam , andai kecemasan belaku.. kereta kena ready ! Kalau minyak pun dah hujung nyawa.. camana  ?

You May Also Like

4 comments

  1. yeahh...i is mmg kalut kalau bab minyak, mmg isi siap2 penuh xpun half..kecuali kalau naik kereta orang...hahahahah

    BalasPadam
  2. Yup A selamat.. Kalaubhusbnd B.. Hahaha

    BalasPadam