Fahami anak anak , barulah tak perlu jadi HULK di rumah !

by - Isnin, November 23, 2020


Cuti masih panjang lagi ! Pembelajaran masih secara online. Bukan mudah untuk mak bapak kendalikan apatah lagi anaknya ramai !  Dan semuanya dah kena 'pegang buku' atau mereka akan ketinggalan. 

Qhaliff.. tahun 2. Zahra akan masuk tahun 1 tahun depan. Aariz , 5 tahun.. pra tadika tapi aku tak cadang hantar lagi. Belajar di rumah je. 6 tahun nanti baru hantar ke tadika. Kenapa ? Korang pun tau buat masa ni , sekolah on off kan ? Aku punya pendapatan pun tergugat la juga sebenarnya. Banyak projek tergantung ! Huhuh... 

Awal awal dulu, nak mengajar anak anak di rumah , memang susah ! Dengan godaan tv , gajet dan adik adik kecil Memang payah laa nak ajar diorang. Kena pulak , yang mak atau suri rumah cam aku kena ajar diorang. Nak cari makan satu hal.. nak ajar anak anak satu hal lagi ! Camana nak fokus ?

Aariz punya akal satu hal. Qhaliff punya tangisan satu hal. Zahra , punya rajuk satu hal. Satu hari 3 orang ni mencabar bagi aku. Mak dia , takda hal ! Itu hal kecik jer. Nanti 'kasi' senyap la.. Memang mencabar ni. Dan akhirnya aku dah tau camana nak 'tewaskan' diorang.. 

Camana ? 

Mudah jer.. Kita kena beralah ! Jangan keras dengan diorang. Kalau diorang suka main game, kasi je diorang main. Tapi bersyarat.. Berapa minit pastu kena duduk atas meja.. belajar ! Belajar pulak jangan lama sangat.. nanti diorang stress dan mula buat muka.

Rehat.. kasi diorang main apa diorang nak main.  Pastu panggil diorang balik.. elok elok.. Mesti datang dengan happy punya.  Di usia begini , tak boleh tegas sangat dengan diorang. Budak budak zaman ni bukan macam dulu. Diorang dah terdedah dengan kematangan yang cukup pantas. Tak boleh nak jerkah atau tinggi suara. Nanti dia lak tegur kita.. 

"Daddy... tak baik marah marah. "  atau akan dibawangkan bersama ibunya.. " Kenapa daddy suka marah marah ye ibu ?" . Best part.. ibu punya marah , diorang boleh terima. Aku punya tak leh terima. Amacam ? Hahahaha.. 

Maka aku buat gitu je la sekarang. Diorang stress.. 4 minggu PKPB , diorang cuma boleh ke depan rumah jer. Nak keluar , memang tak boleh. Kesian kat diorang. Tu je la boleh kasi diorang enjoy. Dan nampaknya berkesan. Aku panggil Aariz sekali dua je.. terus berlari untuk belajar berbanding sebelum ni, aku sampai bertukar warna ! Masih jugak gagal. Bila buat cara lembut begini. ternyata sangat ok keputusannya. 

You May Also Like

4 comments

  1. Sama laa, buat syarat..nak main boleh tapi kena belajar ikut time. Si kembar ni I suruh diorang buat jadual & commit ikut jadual tu. Kalau terbabas waktu main, maka kena denda tambah & lebihkan masa utk ulangkaji. So pakat kalut laa semua patuh ikut jadual hehehe

    BalasPadam
  2. Ya betul kekadang kita kasar ngan anak2 diaorang blh lagi kasar mgan kita. Kena berlemah lembut sikit baru anak dengar kata

    BalasPadam
  3. Yup.. Kene tau anak ni mcm mne. Alhamdulillah.. Setakat ni budk2 ok juga.. Dh tengok buku, layan tv, then main permainan..

    BalasPadam
  4. tengok zara teringat topi pantai.. nnt umi hntr la..hari ahad ke.. yer zarra

    BalasPadam