Apa dah jadi , YB Young Syefura ?

by - November 10, 2020

Terkejut gak awal awal baca tweet netizen. Apa kes pulak dengan Adun Ketari , Pahang ni ? Aku pun mencari la jugak di Facebook. Hurm.. Yang ada aktiviti dia membantu rakyat di kawasan dia dan juga berkaitan dengan pencemaran sungai. Baguslah.. 

Tapi kenapa dia mintak maaf lak ? Haaa... Itu di Twitter dia. Mencari lagi.. Akhirnya jumpa la beberapa tweet. Hurmm... Dia bergambar tak pakai face mask ! Rentas negeri sambut harijadi.. pastu tak pakai face mask ! Masakk ! 

Bukan apa.. sebelum ni lantang dok kritik sorang YB tu... akhirnya dia pun turut ikut serta masuk kelab ' YB YB TAK IKUT SOP' ni ! Hahahaha.. nasib hang laaa YB..  Patut kena beringat la. Dah rentas negeri satu hal... Kalau hal kerja , ok la.. Ni sambut birthday ? Pergh.. Menjawab laaa.. 

Ada benar juga bebera tweet yang aku baca.. Dia tinggal di Selangor.. menjadi ADUN di Ketari , Pahang. Yer.. takda masalah tapi dia dari negeri yang RED ZONE kot ? Kenapa tidak menetap berhampiran dengan tempat dia 'bertugas' tu ? Tak perlu la nak keluar masuk keluar .. rentas negeri tu ! Pastu jumpa orang ramai. Tak ke merbahaya tu ? Hari ni yer la kita negatif. Esok lusa lak ? Haaa.. 






 
Adakah memadai sekadar meminta maaf dan sekadar rela disiasat sedangkan dia tau apa yang dia buat itu... betul atau salah ? Apakah YB Yong Syefura akan letak jawatan seperti mana yang dia syorkan sendiri pada YB terdahulu ? ?

Sama sama kita saksikan ! 

You May Also Like

0 comments