Media sosial, dunia yang cukup menakutkan !

by - Isnin, November 23, 2020

Kesian Kak Aishah. Aku pernah lalui. 'Mereka' menyorok di balik identiti yang tidak dapat dikesan. Bijak memaki hamun , menjatuhkan maruah orang mereka ni. Fuh... tapi guna identiti palsu. Pelik betul. Boleh pulak mereka hidup begini yer ? 

Aku kena ketika awal awal berblog dulu. Fuh, macam macam orang la yang kutuk , kritik aku.  Ada yang siap buat blog palsu dan tiru entri entri aku pastu diedit dalam bentuk jenaka. Ketika tu , aku dan isteri bercuti di Pulau Pangkor. Dia baru jalani pembedahan. Saja bawak dia bercuti sana. Tapi badan je dapat cuti. Mental down abis ! Terasa nak bersara terus dari dunia media sosial. Tapi nasiblah ada rakan rakan seperjuangan dan Facebook yang memberi kata kata semangat.

Dunia media sosial ni tak pernah berubah. Walaupun orang kata, kalau takut dilambung ombak , jangan berubah di tepi pantai.. itu bukanlah lesen besar untuk kita jatuhkan maruah orang lain ! Apa hak kita nak kutuk orang ? Kalau nak kritik , berilah kritikan terhadap apa yang dia buat. Bukanlah libatkan fizikal atau keluarganya. 

Melibatkan keluarga.. tu satu hal ! Abis kena korek !! Segalanya. Orang yang kutuk , maki hamun orang di media sosial ni agaknya jenis ahli syurga? Atau pun sebenarnya hidup dia sengsara di dunia. Dia lepaskan amarah di dunia orang yang tak kenal dia.. tak nampak dia ! 

Twitter , Facebook , Instagram.. aduh... kecam berjemaah ! Kalau kita tak suka, diam diam dah la. Atau komenlah yang berilmiah. Ni tidak, tunjuk lagak.. hero.. beri komen yang dahagakan LIKE ! Jika dapat 'sokongan' makin menjadi jadi. Giler publisiti murahan ke apa ? 

Bawa bawa sedar diri. Insaf. Hari ni mungkin kita tak kena.. Atau kita mungkin tak kena.. Tapi kita ada adik beradik... anak cucu.. Segalanya berputar ! 




You May Also Like

3 comments

  1. setuju tu...benda semua akan beralik kepada kita...siapa kita nak jadi Tuhan kutuk n judge orang...masa nak kutuk@komen negative tu cuba fikir mak ayah...sedih kalau dorang tahu perangai kita...

    BalasPadam
  2. Ya betul. RakyatMalaysia ni macam dag takde kerja lain kan. Kerja duk kutuk orang jer. Pastu perli orang viralkan orang. Jenis puas duk saja rasa kalau yg laguni. Jenis suka cari publisiti murahan pon ya. .

    BalasPadam
  3. Sekrg orang tak takut dh.. Mulut mcm puaka

    BalasPadam