Bandar Baru Salak Tinggi ( BBST) lak PKPD !

by - November 10, 2020

Terkejut gak aku bila wife tanya dan ada juga kawan rapat mesej bertanyakan mengenai PKPD di BBST ni. Fuh... berderau darah ! Hahahah.. Bukan sebab takut Covid 19 tapi sebab bekalann makanan tak mencukupi di rumah ni. Baru plan nak gi beli esok. Huhuhu.. 

Tapi petang tadi.. aku jalan jalan ti taman aku ni, takda pulak Polis atau Tentera mai 'kepung' taman ni dan sekitar. Hurm.. Aku belek video video yang aku terima. Owh.. kawasan atau sana. Jauh gak la dari taman perumahan aku ni.. Dan ini bukanlah pertama kali berlaku di BBST ni. Sebelum ni di Kosmoplek. Dan aku rasa aku tau kenapa.. Huhuh.. 

Kawasan ni memang ramai 'orang luar'. Dengan peningkatan kes Covid 19 melibatkan warga asing di Selangor ni maka wajarlah mereka buat PKPD di situ. Tapi kesian gak la. Aku harap mereka ada bekalan makanan mencukupi termasuklah di kedai kedai tu.. 








Hurm.. tempat ni aku memang tak berapa gemar nak lalu lalang. Macam aku kata tadi la.. memang port 'orang luar' . Moga pasni bersih la situ.. 


You May Also Like

1 comments