Ridel Boutique Hotel Wakaf Che Yeh , hotel bajet anda di Kelantan !

by - November 27, 2020

Bila ke Kelantan , adalah wajib singgah pasar malam Wakaf Che Yeh ! Itu aku la.. Hahahaha.. Tapi bila aku tanya orang lain yang pernah melancong ke Kelantan, jawapan dia sama gak cam aku ! Hehehe.. Maka betullah aku kata tu.. Wajib ke Wakaf Che Yeh ! 

Kenapa Wakaf Che Yeh ? Haaaa.. Bagi aku la.. Kat sini kalau datang , pasti takkan pulang dengan tangan kosong ! Kalau tak membeli pun, perut mesti penuh ! Hahahahah.. Macam macam ada wooo ! Tu menariknya Wakaf Che Yeh. Maka nak puashati, terus cari hotel yang betul betul depan Wakaf Che Yeh ! Tu impian aku dari dulu la.. Hahahaa.. Nak puas makan dan shopping wooo ! Baru syiokkk.. 

Menariknya Wakaf Che Yeh ni bagi aku macam tengah tengah pusat ! Nak ke lokasi lain sangatlah mudah.  Kalau duduk kat area tengah bandar , awal pagi dah payah nak keluar. Bagi aku laa... Kalau kat sini , mudah jer. Sebelum masuk ke jalan utama , korang boleh lari ke jalan lain. Maka tak de la nak redah kesesakkan lalu lintas. Maklumlah , Kelantan ni bukan calang calang negeri ! Haaa.. Popular dengan pelancong tempatan dan juga luar negara..

Dan kat area ni macam macam dah ada. Nak makan mudah , nak parking kenderaan mudah.. Shopping pun mudah haaa... Kira boleh la jalan kaki ke sana sini kalau rajin. Hahaha.. Eh , serba serbi mudah la senang citer. 

Ok.. penginapan bajet tapi berbaloi di Wakaf Che Yeh ? Hehehe.. Ridel Boutique Hotel. Mereka yang pernah menginap sini memang kasi review yang gempak. Puashati. Takda yang mati kelaparan kat sini. Hahahaha.

Dari lapangan terbang , jaraknya cuma 15km jer. Hotel ni sesuai untuk mereka yang datang ke Kelantan untuk melancong ke sana sini. Dalam erti kata lain , senantiasa bergerak. Bukan abiskan masa dalam hotel gitu. Mandi , solat , makan , rehat... Pastu jalan jalan ! 

Kereta , boleh parking depan hotel terus. RM2 semalam. Tempat lain , RM5 ! Ok la kan ? Ok.. jom tengok hotel ni... Rate hotel ni memang ok sangat. Sesuai untuk mereka yang nak sekadar menginap beberapa hari. 




Kaunter Pendaftaran Hotel

Tangga dan ruang legar

Bilik Air
 
Bilik Deluxe Queen

Bilik Deluxe Twin

Bilik Standard Queen 


Bilik Standard Twin


Bilik Suite Family



Bilik Suite Triple


Harga bilik antara RM120 - RM190. Buat masa ni la yer.. Untuk lebih lanjut korang boleh hubungi mereka terus. Lagi senang. Haaa, takda la. 

Jika berminat , korang boleh menempah terus menerusi :
Tel : 09-7434888 / 019-9320773
Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan, Malaysia 




You May Also Like

13 comments

  1. rindunya nak jale2 kelate....harga hotel pun ngam murah...harap semuanya baik² saja pkpb ni...boleh jalan² rentas Negeri lepas habis.

    BalasPadam
  2. Simple je bilik dia. Nampak selesa.. ingat kat kb je ads ridel. Wakaf che yeh pun ada rupanya

    BalasPadam
  3. dah lama x jenjalan kelate..boleh la stay sini nnt

    BalasPadam
  4. Memang wakaf Che Yeh tempat wajib pegi bila bercuti ke Klate. Nanti nak stay hotel ni laaa

    BalasPadam
  5. Menarik hotel dia. Senang nak gi wakaf che yeh. Jalan kaki je

    BalasPadam
  6. Okay.. Dah aim hotel ni bila g kelantan

    BalasPadam
  7. nampak bersih dan kemas, best tengok

    BalasPadam
  8. Murahlah harga hotel dia, ada rezeki pi kelantan akan pilih hotel ni.

    BalasPadam
  9. Wahh menarik..last pegi 2018.. insyallah Ada rezeki g jln2 Sana boleh lah check in sini

    BalasPadam
  10. Wahh menarik..last pegi 2018.. insyallah Ada rezeki g jln2 Sana boleh lah check in sini

    BalasPadam
  11. Kira okay harga penginapan bawah RM200 tu. Sejuk je mata tengok kekemasan bilik. Terima kasih kongsi entry informatif macam ni Encik Ben.

    BalasPadam
  12. Teringin sangat nak jalan2 kelantan.. Boleh la save entry nibkalau nak stay sini

    BalasPadam
  13. kalau datang dengan family ke Wakaf Che yeaah...memang senang lepak hotel... suami boleh main dengan anak dalam bilik, isteri boleh shopping dengan penuh kebebasan... ahakzsss

    BalasPadam