2 kek sambut hari lahir aku di tahun 2020 !

by - Selasa, Disember 01, 2020

Fuh... tahun 2020. Sapa sangka kan ? Ingatkan tahun ni , dah guna kereta terbang.. rumah terawangan ! Ala ala cerita kayangan gitu. Hahaha.. Tapi tak pe la. Allah Maha Mengetahui. Apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sekarang.. mungkin akan datang nanti. Lagi pun, manusia dah terlalu selesa dan leka. Kan kan ? Sekarang kita kena kembali kepadaNya. InshaAllah. 

Semalam.. 30hb November 2020. Hari lahir aku yang ke 44. Alhamdulillah. Panjang umur aku. Dapat lihat anak anak membesar dengan sihatnya. Moga dipanjangkan umur dapat lihat cucu lak. Huhuh.. Aamin.. 

Sambutan hari jadi ? Hahaha.. Seperti biasa.. aku nak galakkan anak anak utamakan keluarga ! Sambut bersama keluarga tercinta. Barulah best kan ? Tak perlu nak buat majlis besar besar..Kena ikut kemampuan diri. Buat masa ni, utamakan keluarga ! 

Lepas subuh, aku keluar gi gym dulu. Saja nak elakkan aku dari sambung tidur. Wife lak , hari ni dia bekerja dari rumah je. Maka aku amik kesempatan la ke gym. Banyak sangat makan malam sebelum tu.. Heeee... Kena bakar kalori tu sebelum jadi lemak lemak. Eceh..

Balik dari gym.. jam 10 pagi... Tadaaa.. 

SUPRISEEEE !Terkejut aku. Masing masing menjerit. Nasib baik tak kena heart attack ! Terkejut sebab dijerit depan depan. Hahahaha.. 

Diorang pasang belon. Wife kejut anak anak bangun awal pagi. Nasib korang la nak oi ! Hahaha..


Dan jam 11.30 pagi, kek yang aku tempah sendiri. Sampai. Saja nak suprise diorang. Asyik asyik kek Secret Recepi je.. Hahaha.. Support la gak bisnes kawan kawan kan ? Heeee... Bukan selalu pun. Sesekali kita tolong. Sementara berkemampuan.

Yer..model sidai kain. Saja aku buat tema macam tu. Hahaha... Kek ni aku tempah dengan Puan Asha Saidatul di Facebook.  Sebijik rasa cam kat SR tu.. Saja aku order jenis Coklat Indulgence ni sebab Aariz suka. Aku bukan makan sangat pun. Diet la katakan.. Hee..



Petang tu, rezeki lagi untuk aku sekeluarga. Puan ASP Nooraini atau Ummi Nani yang juga blogger dari team KBBA9 , belanja kek ! Huhuh.. Terharu aku ! Kek dari Mama Sab yang dihantar oleh Puan Syidah Syaari, seller Mama Sab cawangan Sepang Nilai. Sedap kek dia ! Patut ramai yang order.

Rasa..velvet gitu.. 


Di Facebook dan Instgram , ramai yang ucapkan tahniah serta mendoakan untuk aku. Alhamdulillah. Rasa terharu sangat. Ingatkan kawan kawan dah lupa. Eceh.. Konon ! Dah letak gambar Happy Birthday !! Tak wish memang nak kena laaa tu ! Hahahaha.. 

Apa pun.. terima kasih atas ingatan korang tu yer. Semoga Allah murahkan rezeki kalian.  Oh ya.. hadiah birthday ? Aku bahagia bersama keluarga tercinta. Adalah hadiah yang tak ternilai dariNya. Alhamdulillah..

 

You May Also Like

3 comments

  1. 44 sekadar angka, namun mewah dengan makna. Sanah helwah abg Ben. Moga terus Allah permudahkan segenap urusan yang dirancang dan indah setiap takdir yang telah Allah tetapkan. Sejahtera dunia. Bahgia luar biasa di akhirat kelak bersama-sama keluarga.

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday Encik Ben. Semoga segala doa dan impian dimakbulkan Allah. May Allah bless you abudantly.

    BalasPadam
  3. Menarik kek sado tu 🤭 happy birthday semoga panjang usia Dan di murahkan rezeki selalu

    BalasPadam