Pentingnya Pre Workout Supplement !

by - Khamis, Disember 03, 2020



Beli kat Lazada. Ada macam macam jenis. Yang aku suka tu, dah abis stok. Guna semula yang C4 ni. Sebelum ni aku tak suka guna sebab manis sangat. Rupanya silap aku sendiri. Hahahaa.. Suka suka letak 2-3 scoop. Memang piawww la rasa dia. 

Kenapa aku guna Pre Workout supplement ni ? Bila usia dah cecah 30an ni... terasa la dia punya tenaga muda tu dah berkurangan. Satu lagi , faktor pemakanan juga. Kalau mampu makan makanan yang benar benar boleh kasi tenaga setiap ari tu, ok la.. Tak perlu nak guna. Cam kes aku, makan pun tak betul. Hahaha.. 

Semasa awal PKPB ni , aku tak guna la pre workout supplement ni sebab dah abis. Terasa lain macam kat gym. Dia punya 'pergi' tu macam tak menjadi. Terasa lemau jer. Tengok besi pun cam tengok Sajat. Tak da nafsu. Hahahaha.. walaupun seksi abis ! Seksa je aku tengok ha.. Hahahaha.. 

Akhirnya aku mengalah. Beli ready to drink punya air keluaran Gorilla. Sebelum workout dan selepas. Tujuan untuk kekal bertenaga. Minum 100 Plus ? Aku terasa gemuk pastu ! Memang tak leh masuk 100 Plus dengan aku. Sedap tu memang sedap tapi aku rasa cam gemuk lepas minum air tu ! Hahahaha.. Terutama yang purple tu. Pergh.. sedap ! Hahahaha.. 

Semalam sampai C4 aku ni. Dan terus guna ! Memang lain macam la. Kalau sebelum ni , 15 minit atas  mesin cardio trainer tu , pun dah abis tenaga.. lepas guna menda tu, sejam pun selamba jer ! Siap boleh sambung berlari kat treadmill lagi haa... 

Dan awal pagi tadi.. aku gerak ke gym. Saja test dengan perut kosong. Makan roti sekeping jer.. Pastu try la dengan C4. Pergh.. 2 jam setengah aku dalam gym. Tu pun masih ada tenaga untuk terus bersenam.  Nasib baik wife mesej suruh beli barang. Terus stop dan balik. Kalau tak... haa.. mau aku berumah di situ. Hahaha.. 



Apa kandungan dia ? 
 

Kalau korang kaki hiking atau basikal, memang boleh guna la. Untuk recharge atau tambah tenaga. Takda la lembik jer.. Huhuhu.. Harga online pun ok. Apa pun ikut kesesuaian korang la. Jika korang ada penyakit kronik, kena tanya doktor korang la. Kalau ada penyakit hati, aku tak leh tolong dah part tu. Heee... 

You May Also Like

3 comments

  1. Tak pernah pergi gym.. Plan tahun depan nak masuk. Semenjak perut tak boroi ni ade keyakinan nak joint masuk gym.

    BalasPadam
  2. gym ade best ke? saye x pnah pigi tapi mau pigi

    BalasPadam